Page 878 - Proceedings Collega2023
P. 878

Menurut Wahab, N.A.A. (2017) terdapat empat peranan utama sesebuah masjid iaitu:

                   i.     Mengukuhkan aqidah Islam di dalam hati sekelian umat Islam
                   ii.    Memantapkan nilai-nilai kerohanian dalam kehidupan umat Islam
                   iii.   Menyatukan kesatuan dan saf umat Islam
                   iv.  Menyebarkan semangat bekerjasama dan tolong menolong dalam kehidupan umat Islam.


                       Menurut Rahman & Ahmad (1996) masjid harus mempunyai sekurang- kurangnya 50 peranan
               yang dapat dibahagikan kepada tiga kategori besar iaitu sebagai pusat ibadat, pusat pendidikan dan pusat
               kegiatan sosial bagi  memastikan ia dapat berperanan sesuai dengan perkembangan zaman dan pelbagai
               peringkat sasaran masyarakat.

                       Sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. perkembangan institusi pendidikan Islam menunjukkan ia
               bermula dari institusi pra Madrasah iaitu salah satunya adalah masjid sebagai pusat transmisi Ilmu hingga
               berkembang pesat menjadi madrasah dan institusi pendidikan Islam (Mahmudah, 2021)

                       Di Malaysia, sejarah telah membuktikan kewujudan masjid sebagai sebuah institusi yang penting
               sejak  zaman  Kesultanan  Melayu  Melaka  lagi  di  mana  masjid  dan  surau  berperanan  sebagai  pusat
               pembelajaran dan penyebaran agama Islam (Mohd Roslan & Wan Mohd, 2011).

                       Di negeri Kelantan, Enakmen Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, bilangan 4
               tahun 1994, perkataan masjid telah di definasikan sebagai sebuah bangunan yang dibina atau digunakakan
               atau menyebabkan supaya digunakan untuk sembahyang Jumaat. Dalam konteks tersebut, menurut data
               yang  diperolehi  dari  Sistem  Pengurusan  Maklumat  Bersepadu  (SPMB),  Majlis  Agama  Islam  dan  adat
               Istiadat Melayu Kelantan sehingga September 2023, terdapat sebanyak 614 buah masjid di seluruh negeri
               Kelantan.

               PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
                       Berdasarkan peranan besar yang dimainkan oleh institusi masjid, perancangan dan pelaksanaan
               program pengimarahan, pengurusan yang efisyen dan kemudahan prasarana yang baik adalah merupakan
               faktor-faktor penentu kepada keberkesanan peranan institusi masjid.

                       Keberkesanan  peranan  institusi.masjid  memerlukan  kepada  audit  dan  pemeriksaan  terhadap
               perancangan  dan  pelaksanaan  program  pengimarahan,  pengurusan  dan  kemudahan  prasarana  bagi
               mengetahui  sejauh  mana  keberkesanan  institusi  ini  agar  ia  sesuai  dengan  peranannya  yang  penting
               terutamanya di zaman moden ini.

                       Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisis terhadap hasil program penilaian berdasarkan
               Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) bagi masjid-masjid seluruh jajahan Tumpat, Kelantan bagi
               tahun 2023.













               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 865 -
   873   874   875   876   877   878   879   880   881   882   883