Page 872 - Proceedings Collega2023
P. 872

beberapa adab ini telah dikumpulkan dalam silibus adab yang telah diterapkan di Ma’ahad An-
               Noer.

               Khidmat
                   Khidmat adalah perilaku senang melayani orang lain, memberi hak kepada orang lain tanpa
               menuntut hak kita dipenuhi orang lain. Khidmat dalam dunia ilmu agama memiliki peranan besar
               sebagai sarana untuk mendapatkan keberkahan dan manfaat ilmu. Kerana telah  terbukti setiap
               pelajar yang berkhidmat dengan benar dan ikhlas pasti memiliki keistimewaan dari Allah Ta’ala
               dalam hidupnya.

                   Sebaliknya  pelajar  yang  tidak  memiliki  jiwa  khidmat  akan  kurang  keberkahan  walaupun
               mungkin    emiliki  banyak  ilmu. Tuan  Guru  Syeikh  Muhammad  Nuruddin  sangat  menekankan
               pentingnya khidmat kepada sesiapapun samada guru, orang tua, kawan, tetamu atau orang asing.
               Beliau  senantiasa  mengulang-ulang  dihadapan  pelajar  “siapa  yang  berkhidmat  atau  melayani
               orang lain, akan dilayani oleh Allah Ta’ala”. Setiap pelajar wajib membantu siapa sahaja yang
               dilihat memerlukan bantuan. Bahkan sampai perkara yang kecil seperti mengambilkan kitab zikir
               untuk kawan atau tetamu yang tidak hafal zikir atau mengemaskini sandal guru.

                Musyarakah

                   Musyarakah  adalah  sifat  kebersamaan  yang  juga  ditekankan  oleh  Tuan  Guru  Syeikh
               Muhammad Nuruddin. Beliau selalu mengatakan bahawa kebersamaan akan selalu mendatangkan
               pertolongan Allah  Ta’ala.  Beliau  akan  marah  jika  hanya  sebahagian  pelajar  yang  mengikuti
               program manakala sebahagian lainnya tidak peduli. Beliau akan menegur jika hanya sebahagian
               pelajar yang zikir atau berselawat, hanya sebahagian pelajar yang kerja bakti atau sebahagian
               sahaja yang solat berjemaah, sedangkan sebahagian lainnya tidak mempedulikan peraturan.

                   Bahkan  beliau  kurang  berkenan  jika  sebahagian  pelajar  sudah  makan  ketika  makanan
               dibahagikan, sedangkan sebahagian pelajar yang lain belum dapat makanan lagi. Hal ini beliau
               tanamkan  sejak  dahulu  agar  ketika  pelajar  hidup  ditengah  masyarakat,  mereka  memiliki  sifat
               kepedulian kepada umat.

               Pengurusan Komunikasi Dan Strategi Komunikasi

                   a) Media Sosial

                   Sejak  penubuhannya,  Ma’ahad  An-Noer  menggunakan  media  sosial  sepenuhnya  dalam
               memperkenalkan pondok An-Noer kepada khalayak umum. Facebook adalah platform pertama
               digunakan dalam memperkenalkan An-Noer kepada khalayak umum dan sehingga kini Facebook
               masih menjadi medan utama. Setelah itu barulah Youtube digunakan. Video-video tentang aktiviti
               aktivit pondok di muat naik bagi khalayak amnya dan ibu bapa pelajar khususnya untuk melihat
               aktiviti-aktiviti anak anak mereka buat sepanjang minggu.

                   Hal ini di sebabkan para pelajar tidak di benarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit
               dan  pihak  pondok  akan  buang  pelajar  tersebut  dari  pondok  tanpa  amaran  pertama  diberikan.
               Urusan merakam video, editing, memuat naik semuanya di buat oleh pelajar sendiri. Mereka bina
               studio mini sendiri. Pihak pengurusan pondok memberi kuasa autonomi pada pelajar. Ia bertujuan



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 859 -
   867   868   869   870   871   872   873   874   875   876   877