Page 876 - Proceedings Collega2023
P. 876
PRESTASI MASJID DALAM MENJALANKAN PERANANNYA
BERDASARKAN PENILAIAN STANDARD PENARAFAN MASJID
MALAYSIA (SPMM)
1
Muhammad Hana Pizi ABDULLAH*
Afnan Aizzat ADNAN 2
Aderi CHE NOH 3
1 Universiti Islam Malaysia, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia
1,2 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Malaysia
3
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
1 mhanapizi@e-maik.my
2 afnan@e-maik.my
3 aderi7472@gmail.com
ABSTRAK
Masjid adalah sebuah institusi utama bagi umat Islam. Peranan masjid tidak hanya tertumpu
sebagai pusat ibadah semata-mata, malah merangkumi banyak peranan penting seperti pusat pendidikan,
penyebaran dakwah, juga khidmat sosial kepada umat Islam dan masyarakat seluruhnya. Obiektif kajian
ini adalah untuk menilai prestasi masjid dalam menjalankan fungsi dan peranan tersebut berdasarkan
instrumen Penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM). Persampelan kajian melibatkan
kesemua 48 buah masjid di jajahan tumpat. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif dimana data-data
dikumpul melalui kajian lapangan menggunakan instrumen pemarkahan SPMM. Analisis statistik diskriptif
dijalankan berdasarkan data tersebut. Hasil kajian mendapati sebahagian besar masjid di jajahan Tumpat
masih berada di tahap sederhana dan lemah. Hanya empat buah masjid mendapat penarafan empat
bintang, 26 buah masjid mendapat tiga bintang dan 15 buah masjid mendapat dua bintang serta tiga buah
masjid yang hanya mendapat satu bintang. Tiada masjid di jajahan Tumpat yang mendapat lima bintang.
Kajian ini juga mendapati lokaliti masjid bukanlah faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan fungsi sesebuah masjid tetapi kemampuan para pegawai dan ahli jawantankuasa masjid
mentadbir, merancang dan melaksanakan program adalah faktor terbesar yang menentukan
keberkesanan pelaksanaan fungsi sesebuah masjid.
Kata kunci: pengurusan masjid; Standard Penarafan Masjid Malaysia; jajahan Tumpat; masjid mukim
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 863 -

