Page 869 - Proceedings Collega2023
P. 869
Metodologi Kajian
Metodologi penyelidikan reka bentuk kajian adalah satu pelan tindakan yang
memperlihatkan bagaiamana sesuatu kajian dijalankan. Reka bentuk kajian menjadi panduan
kepada pengkaji untuk megumpul dan mengalisis data terhadap penyelidikan yang dijalanakan.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah temuduga secara bersemuka dengan
Mudir Ma’ahad An-Noer, Ustaz Hafiz bin Mohd Suid dan tinjauan literatur melalui ulasan dari
artikel, jurnal, buku dan dapatan kajian lepas.
Dapatan Kajian
a) Konsep Sekolah Pondok Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat, pondok bermaksud rumah
(untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang); atau madrasah dan asrama tempat
mengaji (belajar agama).
Manakala menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan
mengikut cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan,
menyebarkan, mengembangkan, dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak-anak
bangsa.
Kemunculan sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan dengan jelas.
Walaubagaimanapun, pada zaman dahulu ibu bapa masyarakat Islam bagitu bangga menghantar
anak-anaknya belajar ke institusi tradisional seperti ini terutamanya pada tahun 1930an dan
1940an. Walaupun arus pendidikan barat diperkenalkan oleh penjajah Inggeris melalui sistem
persekolahan vernacular kepada masyarakat Melayu, institusi tradisional ini tetap berdiri dengan
kukuh dan melahirkan ramai tokoh tokoh agama, alim ulama’ yang berpengetahuan luas hatta
institusi ini telah menjelmakan semangat esprit de corps dalam kalangan orang Melayu.
b) Kelebihan Sekolah Pondok
Sistem pondok menekankan kepentingan menuntut ilmu secara bersanad iaitu ilmu tersebut
bersambung hingga sampai ke Rasulullah s.a.w. Kaedah pembelajaran adalah bermula dari
permulaan kitab sehingga ke akhir kitab atau dari kulit ke kulit. Pengajarannya lebih bersifat
penghafalan dan pemahaman (Sufean 1996). Para guru memberikan latihan berkhutbah dalam
bahasa Arab kepada setiap pelajar dan aktiviti tersebut dilakukan pada setiap minggu. Selain itu,
sekolah pondok telah melahirkan pelajar yang berpengetahuan agama, berakhlak tinggi serta dapat
membimbing masyarakatnya (Ghazali Basri 1991). Hal ini menyebabkan, sistem pendidikan
Islam yang menyeluruh dan berkesan dalam mengubah pradigma masyarakat Melayu dan juga
sebagai benteng kepada akidah dan keimanan masyarakat.
c) Pengenalan Sekolah Pondok Ma’ahad An-Noer
Ma’ahad An-Noer mula dibina pada tahun 2014 dan dirasmikan pada 19 Ogos 2015 oleh
TYDP Majlis Ugama Islam Negeri Pahang. Diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad
Nuruddin Marbu Al-Banjari AlMakki Hafizahullah yang merupakan cawangan terbesar di
Malaysia. Beralamat di Lot 5559, Kg. Chemporoh, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 856 -

