Page 871 - Proceedings Collega2023
P. 871
ikhlas semata-mata karena Allah, maka hidayah serta ridho Allah Ta’ala dapat kita raih dimana
saja, Insya Allah.
e) Tujuan Penubuhan
Penubuhan Ma’ahad An-Noer diwujudkan dengan matlamat di atas kesedaran bahawa
kurangnya golongan para hafiz dan ulama’ yang alim di negeri ini khasnya dan seluruh negara
amnya, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada
masyarakat melalui pengajian kitab turath dan muktabar. Kewujudan Ma’ahad An-Noer ini
bertepatan dengan masanya kerana terdapat hanya beberapa buah Madrasah tahfiz dan tafaqquh
sahaja di seluruh negara dengan bilangan yang terhad.
f) Asas Ma’ahad An-Noer
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin dalam membina pelajar untuk menjadi generasi
Ulama’ Rabbani, menekankan lima (5) prinsip dan asas. Asas ini menjadi suatu ciri keberhasilan
seorang pelajar di Ma’ahad An-Noer di bawah bimbingan beliau. Lima prinsip tersebut ialah;
Ikhlas
Setiap pelajar harus berusaha menanamkan niat belajar murni kerana Allah Ta’ala semata untuk
kebahagian yang abadi di Akhirat dan menyenangkan hati Baginda Rasululllah SAW. Oleh sebab
asas inilah, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin enggan membuat penyetaraan (Mu’addalah)
sijil Ma’ahad An-Noer dengan mana-mana universiti kerana beliau sangat ingin melihat agar setiap
orang yang belajar di Ma’ahad An-Noer murni semata mencari Ilmu Akhirat.
Tawadhu’
Sifat rendah hati sangat ditekankan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin. Beliau
berkali-kali mengingatkan kepada seluruh pelajar “jangan memandang rendah kepada sesiapapun
kerana mungkin sahaja mereka telah memiliki jaminan Syurga di sisi Allah Ta’ala atau bahkan
mereka yang akan memberi kita syafaat kelak pada hari kiamat.”
Sebagaimana kita ketahui bersama, bahawa ilmu ini sangat mudah membuat seseorang
dipandang tinggi dan memiliki kedudukan di hati manusia, dan memang itulah janji Allah Ta’ala.
Jika sifat tawadhu’ hilang dari seoarng Ulama’, maka tentulah dirinya hanya besar di mata manusia
namun jatuh rendah di sisi Allah Ta’ala. Sangat sesuai jika prinsip tawadhu’ harus ditanamkan
sejak belajar ilmu agar bermanfaat dikemudian hari.
Adab
Sifat Tawadhu’ dengan merasa rendah hati, merasa orang lain mungkin lebih baik daripada
diri kita, akan melahirkan sikap zahir berupa adab atau sopan santun kepada sesiapapun. Tuan
Guru Syeikh Muhammad Nuruddin senantiasa mencontohkan dan menerapkan adab yang tinggi
baik kepada Allah Ta’ala, Baginda Rasulullah SAW, ilmu, ahli ilmu, orang tua, guru, saudara, yang
lebih muda, serta adab-adab Sunnah sehari-hari terutama dalam hal ibadah. Duduk beberapa saat
pun kita akan merasakan bagaimana tarbiyah adab yang dari dulu diterapkan oleh Tuan Guru
Syeikh Muhammad Nuruddin. Mulai dari praktik solat secara Sunnah, berzikir dengan duduk yang
sopan, bagaimana duduk iftirosy atau tawarru’ ketika di majlis ilmu, dan banyak lagi. Dan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 858 -

