Page 873 - Proceedings Collega2023
P. 873
bagi meningkatkan kemahiran dan kreativiti pelajar dalam menguasai bidang teknologi media.
Dan penggunaan “tik tok” juga digunakan bagi menambah saluran komunikasi. Ia sesuai dengan
trend semasa di mana kita dapat lihat begitu ramai orang memilih tik tok untuk berkomunikasi
dalam mempromosi barangan mereka.
Setiap minggu ahli kumpulan pelajar yang bertugas dalam mengendalikan media sosial ini
akan memuat naik video video pendek ke “tik tok”. Walau bagaimanapun sebelum mereka memuat
naik, mereka harus hantar kepada Mudir untuk di saring. Setelah berpuas hati melihat content
yang di hasilkan barulah Mudir beri izin untuk di muat naik. Dan ternyata strategi komunikasi atas
talian ini terbukti sangat berkesan dalam memperkenalkan An-Noer kepada khalayak umum. Hal
ini dapat dibuktikan dengan jumlah viewer mencecah ribuan orang.
b) Secara Bersemuka (Face to Face)
Strategi komunikasi bersemuka di aplikasikan kepada penduduk setempat dan juga dengan
badan-badan kerajaan tertentu seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis, Kastam,
Bomba, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan dengan pihak
Istana Pahang. Mudir An-Noer bersama beberapa orang kakitangan beliau mengadakan lawatan
atau ziarah secara berkala kepada jabatan jabatan ini.
Antara aktiviti komunikasi yang digunakan dengan penduduk setempat ialah gotong royong,
kuliah agama, dan ziarah tabligh. Ziarah tabligh ini di kendalikan oleh pelajar di mana setiap
petang mereka akan di beri tugas untuk keluar ke kawasan kejiranan dan pergi dari sebuah rumah
ke sebuah rumah mengajak mereka ke masjid untuk solat jemaah maghrib dan isyaq serta kuliah
maghrib. Pelajar juga sering di jemput oleh penduduk setempat untuk majlis doa selamat, kenduri
tahlil arwah, solat jenazah serta solat tarawih di bulan puasa.
Manakala dengan pihak pihak badan kerajaan KKM mislanya, An-Noer sering berhubung
untuk mendapatkan nasihat dan ceramah ceramah kesihatan . Pihak KKM juga sering datang
meninjau dan menyembur ubat nyamuk di persekitaran pondok agar bersih dari sarang nyamuk.
Sewaktu negara di landa covid kekerapan komunikasi menjadi bertambah erat di mana pantauan
dari KKM menjadi semakin kerap.
Pihak An Noer turut mengadakan aktiviti bersama waris dan ibu bapa pelajar seperti hari
keluarga, mengadakan perlawanan bola sepak antara guru dan waris pelajar, gotong royong
membersihkan persekitaran pondok dan korban Aidil Adha, rumah terbuka di Hari Raya Aidil Fitri.
Setiap tahun semua waris pelajar akan turun ke pondok dan lakukan korban di pondok. Semua
urusan penyembelihan, melapah, mengedar daging korban, memasak daging korban bagi tujuan
kenduri (makan ramai ramai), di kendalikan oleh para pelar, ibu bapa pelajar dan kakitangan An
Noer. Sudah semestinya aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk hubungan ukhwah yang lebih baik
dan akrab sesama mereka.
Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa strategi komunikasi yang digunakan oleh Ma’ahad
An’Noer sangat berkesan dengan hanya menggunakan dua platform iaitu media sosial dan
bersemuka. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima baik oleh khalayak umum
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 860 -

