Page 870 - Proceedings Collega2023
P. 870

Pengambilan pertama pada 10 Ogos 2015 dan sehingga hari ini mempunyai 262 orang pelajar
               Menawarkan lima (5) program iaitu Tahfiz, Syahadah, I’dad, Tafaqquh dan Takhassus.

                       Syeikh  Muhammad  Nuruddin  Marbu  al-Banjari  merupakan  seorang  tokoh  ilmuan
               nusantara yang mendapat tempat dalam kalangan pencinta ilmu. Kepakaran beliau dalam ilmu
               naqli  dan  aqli  menyumbang  kepada  kelancaran  penyampaian  ilmu  kepada  para  penuntut  dan
               pendengar. Bumi Mekah dipilih sebagai lokasi untuk beliau mendalami dan bertalaqqi dengan
               Ulama’ muktabar ketika itu seperti Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh Ali al-Sobuni dan
               lain-lain.  Namun,  dalam  kalangan  guru  beliau,  Syeikh  Ismail  Osman  Zain  lebih  banyak
               mempengaruhi keilmuan dan keperibadian beliau.

                       Membentuk  dan  mendidik  insan  pewaris  anbia’  adalah  satu  tugas  yang  mencabar  dan
               memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan dari semua pihak. Ianya juga memerlukan satu
               sistem pendidikan yang syumul lagi tersusun serta pentarbiyahan yang mantap dan berterusan.
               Tunas-tunas muda Islam perlulah digarap dan digilap dengan ilmu-ilmu Islam yang syumul (teori
               & amali) dan di lingkungi udara pentarbiyahan jiwa yang nyaman dan berterusan di awal usia
               muda mereka lagi. Melalui pendidikan dan pentarbiyahan yang berterusan inilah diharapkan nanti
               dapat melahirkan para anbiya’ dan dapat menjadi contoh teladan kepada masyarakat. Kaedah fiqh
               ada menyebutkan “Setiap apa-apa yang membawa kepada kewajipan yang dituntut, maka ianya
               adalah dituntut”.

                       Menyedari hal ini, penubuhan Ma’ahad An-Noer mensasarkan generasi muda Islam yang
               berumur  13  tahun  ke  atas  sebagai  pelajarnya  dan  pengajiannya  berteraskan  pengajian  Ulum
               Addiniah dan Tahfiz. Ma’ahad ini menggabungkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam tradisi silam
               (sistem  pondok)  yang  penuh  keberkatan.  Matlamat  Ma’ahad  melalui  penubuhan  ini  dapatlah
               melahirkan generasi mukmin yang dipimpin oleh ruh dan cahaya Islam, yang seterusnya memberi
               manfaat kepada dirinya, masyarakatnya dan negaranya, dunia dan akhirat.

               d) Objektif Penubuhan

                       Perkembangan zaman seiring dengan era globalisasi dewasa ini sangat berpengaruh besar
               pada kehidupan kita dan perkembangan islam secara umum, di mana kedepan kita dituntut untuk
               berjuang lebih keras lagi dalam menegakkkan Islam, karenanya peningkatan pengetahuan dan
               keilmuan tentang Islam itu sendiri menjadi hal yang sangat mendesak untuk segera dilakukan.
               Justeru Ma’had An-Noer Janda Baik di bawah asuhan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
               Marbu Abdullah yang dirasmikan pada 19 Ogos 2015, hadir sebagai salah satu tempat pembinaan
               ummat dalam mempersiapkan generasi Ulama Rabbani.

                       Dengan kapasiti keilmuan Syeikhul Ma’had, Syeikh Muhammad Nuruddin yang belajar di
               Makkah dan Mesir selama tidak kurang dari 25 tahun, dan dari pengalamannya dalam mengasuh
               serta mengelola majlis-majlis Tafaqquh mahupun Ma’had ‘Aly dibeberapa Negara seperti Mesir,
               Indonesia, Thailand dan Malaysia sendiri, diharapkan Ma’had An-Noer dapat menjadi tempat yang
               tepat bagi para lulusan pondok-pondok ataupun Aliyah yang ingin melanjutkan pendidikannya,
               dan bahkan menjadi alternatif bagi pelajar yang berkeinginan menuntut ilmu di luar negeri, karena
               dengan niat yang tulus, usaha yang maksimal diiringi dengan doa dan tawakkal serta dilandasi rasa




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 857 -
   865   866   867   868   869   870   871   872   873   874   875