Page 879 - Proceedings Collega2023
P. 879

KEPENTINGAN KAJIAN

                       Menyedari dan mengetahui tahap pelaksanaan pengurusan masjid akan menjadi penanda aras
               membolehkan  pihak  pengurusan  masjid  dipelbagai  peringkat  dapat  merancang  dan  melaksanakan
               program masjid secara lebih berkesan.
                       Oleh itu, kajian ini sangat penting dan diperlukan untuk dilaksanakan memandangkan peranan
               yang harus dimainkan oleh institusi sangat besar bagi memastikan terbentuknya sebuah masyarakat yang
               beriman dan bertakwa.

                       Hasil kajian ini kelak perlu dimaklumi oleh para pentadbir dan pengurus serta kakitangan masjid
               yang terlibat secara lansung sebagai pelaksana pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan masjid.

               Metodologi Kajian
                       Metodologi kajian merupakan aspek penting bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang sebenar
               dan boleh dipercayai. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif, ia melibatkan kajian lapangan
               dimana survei dilaksanakan di masjid-masjid. Persampelan kajian adalah 48 buah masjid dalam jajahan
               Tumpat.  Kaedah  persampelanyang  diaplikasikan  adalah  persampelan  bertujuan  (purposive  sampling).
               Penyelidikan yang terperinci dan tersusun diperlukan untuk mencapai matlamat kajian ini yang berkaitan.
               Rajah 1 menerangkan aliran proses kajian ini dijalankan.
                       Survei yang dijalankan menggunakan instrumen soal selidik Standard Penarafan Masjid Malaysia
               (SPMM) yang dibentuk oleh pakar rujuk. Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) adalah satu sistem
               penilaian yang telah dibangunkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menilai tahap
               keberkesanan  pengurusan  dan  pelaksanaan  peranan  institusi  masjid  di  Malaysia.  Instrumen  yang
               digunapakai  meliputi  empat  komponen  utama  iaitu  pengurusan,  pengimarahan,  prasarana  dan
               persekitaran. Instrumen soal selidik diisi oleh pegawai penilai yang menjalankan sesi penilaian di masjid-
               masjid  yang  terlibat  berdasarkan  respon  jawapan  daripada  kakitangan  dan  ahli  jawatankuasa  masjid
               mukim berkenaan. Seramai tiga orang pegawai penilai diberi tanggungjawab untuk turun padang menilai
               semua komponen pemarkahan bagi tujuan penarafan masjid-masjid di jajahan Tumpat.

               Jadual 1
               Komponen penilaian masjid dan skor pemarkahan

                        Komponen:            Pengurusan      Pengimarahan     Prasarana  Persekitaran

                        Item/Elemen:                 32                 32           12            8

                        Pemarkahan:                 144                148           56           34



               Pemarkahan setiap komponen adalah seperti berikut:











               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 866 -
   874   875   876   877   878   879   880   881   882   883   884