Page 868 - Proceedings Collega2023
P. 868
Tuan Padang dan Pondok To Semian yang di asaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh
atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.
Pada ketika itu ibu bapa masyarakat Islam begitu bangga menghantar anak-anaknya belajar
ke institutusi pendidikan tradisional seperti ini terutama pada tahun 1930an dan 1940an. Walaupun
arus pendidikan barat di perkenalkan oleh penjajah Inggeris melalui sistem persekolahan
vernacular kepada masyarakat Melayu, insititusi tradisional ini tetap berdiri dengan kukuh dan
melahirkan ramai tokoh agama, alim ulama’ yang berpengetahuan luas hatta insitusi ini juga telah
menjelmakan semangat esprit de crops dalam kalangan orang Melayu.
Latar Belakang Kajian
Institusi pendidikan pondok adalah bukti penyebaran Islam dan legasi kearifan tempatan
di seluruh Kepulauan Melayu. Penyebaran ilmu melalui sistem sekolah pondok di Tanah Melayu
misalnya bermula seawal tahun 1450 di Melaka dan mula berkembang di sekitar Tanah Melayu
pada kurun ke-19 dan masih wujud sehingga kini. Kewujudan sekolah-sekolah pondok ini secara
langsung memberi kesan kepada penyebaran Islam dan pemantapan iman, jati diri dan gaya hidup
orang Melayu yang beradab. Namun kedatangan penjajah kolonial terutamanya British di Tanah
Melayu mula membuka alternatif dalam sistem pendidikan tempatan dan akhirnya mendominasi
sistem Pendidikan tempatan sehingga institusi pondok seakan terpinggir. Walau bagaimanapun,
para alim ulama dan ‘tok guru’ yang memiliki sekolah pondok mereka sendiri berusaha
mempertahankan institusi pondok ini dan berjaya melestarikannya sebagai keutamaan atau pilihan
kepada umat Islam. Silibus sekolah pondok kini disesuaikan dengan perubahan semasa tanpa
mengetepikan roh, falsafah dan amanah sekolah pondok itu sendiri. Oleh itu, kajian kualitatif ini
akan meninjau strategi komunikasi yang digunakan oleh pemilik dan peneraju institusi pondok
untuk melestarikan kewujudannya. Temubual mendalam dengan pemilik dan peneraju sekolah
pondok terpilih di Malaysia dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan strategi
komunikasi, pembentukan mesej dan kelompok sasaran untuk melaksanakan proses komunikasi
yang berkesan. Dapatan kajian diharap dapat memberi gambaran awal tentang kepentingan strategi
berkomunikasi untuk menguruskan apa-apa jua isu dalam menjayakan hasrat dan
menyempurnakan wawasan informan dan institusi. Secara tidak langsung, kajian ini akan
memperlihatkan usaha mempertahankan sekolah pondok dalam konteks kearifan tempatan dan
pengukuhan ajaran Islam di Nusantara.
Objektif Kajian
Secara kusus objektif kajian adaalah seperti berikut ;
1) Mengenalpasti pendekatan dan strategi komunikasi yang dilakukan oleh Pondok Ma’ahad
Noer.
2) Melihat keberkesanan platform media sosial yang digunakan oleh Ma’ahad Noer dalam
menyampaikan maklumat pondok kepada khalayak umum.
3) Mengenalpasti bagaimana Ma’ahad An-Noer menangani halangan-halangan komunikasi
yang ada.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 855 -

