Page 866 - Proceedings Collega2023
P. 866

PENGURUSAN KOMUNIKASI SEKOLAH PONDOK MA’AHAD AN-

                  NOER : PELESTARIAN KEARIFAN TEMPATAN COMMUNICATION

               MANAGEMENT OF PONDOK MA'AHAD AN-NOER : PRESERVATION

                                               OF LOCAL KNOWLEDGE


                                                     Norhayati Ramlee
                                                    Mohd Nazri Ibrahim
                                                       Norhayati Baba
                                             Sharifah Yuliana Syed Ali Hanafiah
                                      Fakulti Pengajian Komunikasi & Pengajian Media
                                            UiTM Shah Alam Selangor, Malaysia


                                                        ABSTRAK

                       Institusi pendidikan pondok adalah bukti penyebaran Islam dan legasi kearifan tempatan
               di seluruh Kepulauan Melayu. Penyebaran ilmu melalui sistem sekolah pondok di Tanah Melayu
               misalnya bermula seawal tahun 1450 di Melaka dan mula berkembang di sekitar Tanah Melayu
               pada kurun ke-19 dan masih wujud sehingga kini. Kewujudan sekolah-sekolah pondok ini  secara
               langsung memberi kesan kepada penyebaran Islam dan pemantapan iman, jati diri dan gaya hidup
               orang Melayu yang beradab. Namun kedatangan penjajah kolonial terutamanya British di Tanah
               Melayu mula membuka alternatif dalam sistem pendidikan tempatan dan akhirnya  mendominasi
               sistem Pendidikan tempatan sehingga institusi pondok seakan terpinggir. Walau bagaimanapun,
               para alim ulama dan ‘tok guru’ yang memiliki sekolah pondok mereka sendiri berusaha
               mempertahankan institusi pondok ini dan berjaya melestarikannya sebagai  keutamaan atau
               pilihan kepada umat Islam. Silibus sekolah pondok kini disesuaikan dengan perubahan semasa
               tanpa mengetepikan roh, falsafah dan amanah sekolah pondok itu sendiri. Oleh itu, kajian
               kualitatif ini akan meninjau strategi komunikasi yang digunakan oleh pemilik dan peneraju
               institusi pondok untuk melestarikan kewujudannya. Temubual mendalam  dengan Mudir Ma’ahad
               An-Noer di Janda Baik, Bentong Pahang dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan
               strategi komunikasi, pembentukan mesej dan kelompok sasaran untuk melaksanakan proses
               komunikasi yang berkesan. Dapatan kajian diharap dapat memberi gambaran awal tentang
               kepentingan strategi berkomunikasi untuk menguruskan apa-apa jua isu dalam menjayakan hasrat
               dan menyempurnakan wawasan informan dan institusi. Secara tidak langsung, kajian ini akan
               memperlihatkan usaha mempertahankan sekolah pondok dalam konteks kearifan tempatan dan
               pengukuhan ajaran Islam di Nusantara.

               Kata Kunci: Pengurusan komunikasi, sekolah pondok, kepulauan Melayu, strategi komunikasi,
               kearifan tempatan.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 853 -
   861   862   863   864   865   866   867   868   869   870   871