Page 824 - Proceedings Collega2023
P. 824

satu jenis inti sahaja, iaitu gula merah. Informan telah menggunakan gula melaka dan gula putih yang
               diwarnakan dengan pewarna hijau sebagai inti bagi menggantikan penggunaan gula merah. Gula merah
               diproses daripada gula tebu putih dan mempunyai rasa manis yang kuat. Gula merah digantikan dengan
               gula melaka bagi menyeimbangkan rasa manis inti kuih. Bahagian pertama gula melaka yang telah di
               cincang halus dimasukkan selepas lapisan sagu diletakkan pada permukaan kuih. Seterusnya, gula putih
               yang digaulkan dengan pewarna hijau pula diletakkan selepas inti gula melaka tersebut. Informan
               menyatakan bahawa tujuan meletakkan dua inti ialah bagi menghasilkan dua rasa manis yang berbeza,
               iaitu manis berlemak dan manis gula. Penggunaan gula melaka menambah rasa lemak kerana diperbuat
               daripada nyiru kelapa. Rasa manis kedua-duanya dikatakan seimbang dan tidak hanya menghasilkan rasa
               manis keterlaluan. Informan 1 menerangkan inovasi yang dilakukan terhadap inti tersebut, iaitu:
                           “Kalau versi lama kuih ni, gula merah je. Generasi kedua ni dah moden.
                           Letak warna hijau sikit. Gula putih campur dengan hijau. Lepas tu,
                           masukkan sagu dengan kelapa parut dalam kelongsong. Tengah-tengah,
                           sesudu gula putih campur hijau. Lepas tu sesudu kecik gula melaka”
                           (Informan 1).
                    Selain itu, kreativiti dan inovasi juga dilakukan oleh informan 1 dalam penghasilan kuih getas-geta
                daripada aspek bentuk dan rupa kuih tersebut. Ada kalangan masyarakat di Johor menghasilkan kuih ini
                dalam bentuk lonjong. Informan 1 menyatakan bahawa bentuk lonjong agak sukar dibentuk. Saiz yang
                akan dihasilkan juga tidak konsisten kerana perlu mengepal adunan sehingga menghasilkan bentuk
                lonjong. Keadaan ini mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan saiz yang konsisten. Bentuk
                lonjong kuih getas-getas telah diubahsuai kepada bentuk bulat bagi menghasilkan saiz yang konsisten.
                Informan akan menguli adunan dengan menggunakan botol kaca yang telah disapukan tepung.
                Seterusnya, informan 1 akan menggunakan mulut bekas yang berbentuk bulat bagi menghasilkan
                bentuk yang konsisten. Dengan menggunakan sukatan yang ditunjukkan, sebanyak 15 keping kuih getas-
                getas dapat dihasilkannya. Informan juga menyatakan bahawa beliau alatan tersebut terdapat di
                dapurnya dan tidak perlu membeli alatan khas untuk proses tersebut. Informan juga menyatakan
                bahawa penghasilan bentuk bulat lebih menjimatkan masanya untuk menghasilkan kuih getas-getas.
                Informan 1 menyatakan bahawa:

                           “Yang asal bentuknya bulat, makcik pun buat bulat. Cuma ada orang buat
                           lonjong, orang Banjar selalu buat macam itu. Tapi makcik meniaga memang
                           nak cepat. Kalau guna tangan nak kepal-kepal semua ni memang leceh.
                           Kejar masa, jadi buat bentuk bulat lagi senang. Biasanya dapat 15 biji kalau
                           buat bentuk bulat macam ni” (Informan 1).

                           “Makcik guna cetak bulat ni. Tak beli, makcik guna mulut bekas yang bulat,
                           kecik. Guna benda yang ada kat dapur. Untuk uli, mak cik guna botol kicap
                           yang dah habis, dah bersih untuk uli. Lagi senang guna botol ni, tak
                           melekat” (Informan 1).

               Kesimpulan

                       Penghasilan kuih-muih tradisional Johor oleh pengusaha kuih tempatan menunjukkan kearifan
               yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Arus kemodenan dan globalisasi sedikit sebanyak mengubah
               penggunaan bahan, teknik memasak dan pemilihan bahan. Walaupun terdapat  beberapa


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 811 -
   819   820   821   822   823   824   825   826   827   828   829