Page 811 - Proceedings Collega2023
P. 811
KEARIFAN TEMPATAN DALAM KAEDAH PENGHASILAN KUIH-MUIH
TRADISIONAL JOHOR
Nurul Haniza SAMSUDIN* 1
Mardian Shah OMAR 2
3
Nur Azimah MOHD BUKHARI
Tengku Intan Marlina TENGKU MOHD ALI 4
Nur Amirah CHE SOH 5
6
Akhmad MANSUR
1,2,3,4,5,6 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
1 haniza_85@um.edu.my
2 mardianso@um.edu.my
3 azimah_bukhari@um.edu.my
4 inmarlin@um.edu.my
5 nuramirah_chesoh@um.edu.my
6 akhmadmansur@um.edu.my
ABSTRAK
Penyediaan kuih-muih tempatan di Johor dianggap sukar kerana masih menggunakan kaedah
tradisional. Selain mengekalkan keaslian rasa kuih-muih di negeri tersebut, kaedah tradisional yang
digunakan mengandungi nilai kearifan tempatan yang sangat tinggi. Kearifan tempatan ini diwarisi dari
satu generasi ke generasi. Namun demikian, kaedah tradisional tersebut telah menerima cabaran
daripada kaedah penyediaan makanan yang lebih moden. Persoalan kajian ini ialah setinggi mana nilai
kearifan tempatan yang terdapat dalam kaedah penyediaan tradisional kuih-muih di Kluang, Johor. Kajian
ini memberi tumpuan kepada kaedah penyediaan kuih muih tradisional di Kluang, Johor. Kajian ini
berbentuk kualitatif dan melibatkan temu bual berstruktur dengan pengusaha kuih tradisional. Selain
temu bual, kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian turut serta bagi tujuan pungutan data. Data temu
bual ditranskripsikan dan dianalisis melalui tiga peringkat penyediaan kuih muih, iaitu sebelum, semasa
dan selepas memasak. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa wujud nilai kearifan tempatan yang
tinggi dalam penyediaan kuih muih tradisional Johor bagi ketiga-tiga peringkat tersebut, iaitu kearifan
dalam pemilihan bahan, menentukan sukatan bahan serta kreativiti dan inovasi. Kajian ini turut
mendapati bahawa nilai kearifan dalam kaedah tradisional penyediaan kuih-muih dapat dilihat melalui
gabungan unsur logik dan kreativiti. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kaedah tradisional bukan sahaja
untuk mengekalkan keasliannya, tetapi mengekalkan nilai kearifan masyarakat Kluang, Johor.
Kata kunci: kearifan tempatan; kaedah penyediaan; tradisional; kuih-muih; kreativiti
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 798 -

