Page 789 - Proceedings Collega2023
P. 789

JARINGAN PERDAGANGAN KEDAH TUA BERDASARKAN KOMODITI
                                      PASARANNYA DALAM RIḤLAT AL-SĪRĀFIY



                                                                       1
                                                     Thuraya AHMAD*
                                          1  Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia
                                                      1 thuraya@usm.my



                                                          ABSTRAK



               Kedah Tua merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara yang patut diperkenalkan kepada generasi kini
               dengan  sewajarnya.  Begitupun,  masih  terdapat  maklumat  yang  tidak  ditonjolkan,  antaranya  tentang
               komoditi di pasarannya, justeru maklumat lanjut tentang jaringan perdagangannya tidak diserlahkan. Oleh
               yang  demikian,  kajian  ini  berobjektif  untuk  menyingkap  jaringan  perdagangannya  berdasarkan
               penyebutan komoditi pasarannya secara jelas dalam kitab Riḥlat al-Sīrāfiy. Pendekatan kualitatif dipilih
               dengan menggunakan kajian kepustakaan bagi pengumpulan data daripada rujukan berkaitan. Kemudian,
               kajian ini melakukan analisis kontekstual bagi mengolah data yang telah dikumpulkan.  Hasilnya, kajian
               dapat mengumpul tujuh komoditi yang disebut dengan jelas iaitu; gaharu, kapur, cendana, kayu hitam,
               kayu sepang, gading dan timah. Berdasarkan komoditi-komoditi tersebut, kajian dapat menjejaki jaringan
               perdagangan Kedah Tua yang tidak terbatas kepada Nusantara. Ternyata jaringannya lebih luas sehingga
               sampai ke bahagian lain di Asia, Afrika dan Eropah, biarpun kajian ini  berdasarkan skop yang terhad.
               Sebenarnya masih banyak kitab Arab silam yang boleh dijadikan rujukan bagi menyingkap kebijaksanaan
               Kedah Tua. Berkaitan Kedah Tua, kajian ini menyarankan perujukan terus kepada sumber Arab silam tanpa
               terlalu bergantung kepada terjemahan yang dikemukakan oleh ilmuan Barat.



               Keywords: komoditi; pasaran; jaringan perdagangan; Riḥlat al-Sīrāfiy; Kedah Tua










                     TRADING NETWORK OF ANCIENT KEDAH

                    BASED ON COMMODITIES OF ITS MARKET

                           MENTIONED IN RIḤLAT AL-SĪRĀFIY




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 776 -
   784   785   786   787   788   789   790   791   792   793   794