Page 767 - Proceedings Collega2023
P. 767
Masyarakat India sememangnya terkenal dengan pengunaan herba tradisional dalam perubatan
dan masakan. Herba Brahmi seperti yang disebutkan oleh watak Geetha dalam novel Jendela Menghadap
Jalan (2009), merupakan herba yang sangat popular dalam perubatan India yang dikenali sebagai
Ayurveda. Menurut Thorat et al. (2018) Brahmi juga dikenali sebagai Bacopa. Herba ini diterima oleh
seluruh masyarakat dunia sejak berkurun lamanya sebagai perubatan tradisional.
Terdapat banyak kebaikan kesihatan herba Brahmi antaranya meningkatkan kognisi tubuh,
merawat gangguan kognitif, merawat epilepsi, mengurangkan kemurungan dan stress, anti radang,
mengandungi antioksida, memperbaiki sistem respiratori badan, meningkatkan sistem imunisasi badan,
merawat kekejangan, sebagai perawatan kulit, mengurangkan gula dalam darah dan juga untuk
memperbaiki sistem perkumuhan.
Justeru, berdasarkan khasiat dan fungsinya yang pelbagai, tidak mustahil herba Brahmi, dikatakan
berupaya membuatkan ingatan seseorang itu kekal seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas.
Seterusnya kemenyan juga merupakan antara herba yang popular dalam masyarakat India. Herba banyak
digunakan sebagai simbol ketenangan jiwa kepada mereka yang telah mati. Perihal kemenyan ada
disebutkan seperti berikut:
Namun dibenakku tercetus keinginan untuk mengetahui, bagaimana boleh
kemenyan muncul dari India. Apakah pesakit yang datang berubat ke sini telah
melepasi sempadan bangsa dan negara? (Jendela Menghadap Jalan,
2009, p.40)
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan (2009), etnik India juga mengamalkan adat
disebutkan tentang ‘pitru’:
“Nasib baiklah pagi tadi kami buat pitru”. “Pitru?” kali pertama aku mendengarnya.
“Beri makan burung gagak, sebab ibu saya percaya orang tua kami yang telah
meninggal sekali-sekala menjelma sebagai burung gagak,” terangnya.
Oh, uniknya, fikirku.
(Jendela Menghadap Jalan, 2009, pp.107-108)
Pitru merupakan tradisi masyarakat India untuk menghormati dan mendoakan kesejahteraan ahli
keluarga yang telah meninggal dunia. Dalam masyarakat India juga, mereka percaya bahawa sepanjang 16
hari kematian, nenek moyang akan turun ke bumi untuk memberkati keluarga si mati. Amalan ritual
dilakukan untuk membantu roh diangkat ke alam abadi.
Makanan akan disajikan sepanjang tempoh ini dan burung gagak yang dijamu makan menandakan
keuntungan. Keunikan kepercayaan dan adat etnik India ini merupakan nilai dan keindahan etnik India.
Selain amalan Pitru, etnik India juga terkenal dengan tarian klasik mereka, iaitu tarian Bharata Natyam:
Geetha memberitahu bahawa ibunya masih berpegang teguh kepada adat tradisi,
kerana itu dia harus menghayati dengan baik tarian klasik India; Bharatnatyam,
Kathakali, Kathak dan Kuchupudi dan menghafal teks agung Ramayana.
(Jendela Menghadap Jalan, 2009, pp.107-108)
Seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas, tarian klasik India perlu dihayati dengan baik. Hal
ini kerana, penguasaan pergerakan tangan, kaki dan mata memerlukan tempoh yang lama untuk dipelajari
dan dikuasai. Tarian klasik India ini berasal dari Wilayah Tamil Naidu, Selatan India dan lazimnya tarian ini
dipersembahkan secara solo. Persembahan dikira lengkap sekiranya penari mematuhi enam peringkat
tarian yang disebut sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Setiap peringkat
tarian ini perlu diiringi dengan tarian tulen yang disebut sebagai Nritta dan tarian ekspresi yang disebut
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 754 -

