Page 766 - Proceedings Collega2023
P. 766

Dalam konteks ini, perkataan “Lou” bermaksud menggaul manakala “Hei” pula ialah naik. Semakin
               tinggi Yee Sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang
               tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan “Lou Hei”
               dijerit dengan harapan dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.
                       Sebelum menjelang sambutan Tahun Baru juga menjadi adat dan kebiasaan etnik Cina untuk
               berkumpul bersama-sama ahli keluarga untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina. Segala persiapan
               disediakan  awal.  Mereka  lazimnya menempah  berkotak-kotak  limau  mandarin  dan  kuih  bakul  tradisi
               kepada sahabat handai, kenalan, jiran tetangga dan saudara mara. Suasana sebelum, menjelang dan
               semasa Tahun Baru Cina digambarkan melalui petikan berikut:

                           “Tahun ini Lo Hei akan lebih meriah, Tsu Feh. Saudara- mara kita sebelah mendiang
                           papa kamu akan datang memeriahkan sambutan makan yee sang. Mereka sudah
                           berjanji untuk beraya di tanah Guangdong ini hingga berakhir Chap Go Meh”. "Wah,
                           seronoknya! Nanti, banyaklah ang pau yang kita terima..."
                                                                         (Nyanyian Musim Rusuh, 2016, p.164)

                       Petikan ini menggambarkan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina dalam keluarga Mei Ling.
               Persiapan menyambut sambutan Tahun Baru Cina digambarkan dengan keseluruhan rumah dipasang
               dengan replika tanglung dan bunga-bungaan indah berwarna merah. Di luar rumah, pokok-pokok limau
               yang ditempah khas mula tersusun di hadapan garaj kereta. Etnik Cina percaya bahawa Tahun Baru Cina
               melambangkan permulaan atau nasib kepada sesebuah kehidupan.
                       Setiap rumah kebiasaannya dihiasi dengan buah limau mandarin, bunga dan pokok limau kasturi
               yang melambangkan atau menjadi simbol kepada kemurahan rezeki. Pada malam menjelang Tahun Baru
               Cina, mereka akan berkumpul untuk makan besar. Golongan muda yang menziarahi golongan tua akan
               diraikan dengan angpau. Sampul angpau kebiasaannya berwarna merah yang melambangkan nasib baik.
                       Angpau juga diberikan kepada mereka yang masih belum kahwin. Selain itu, sambutan Tahun Baru
               Cina diraikan dengan perarakan tarian naga atau tarian singga. Setiap perarakan adalah dengan kereta
               berhias serta diiringi paluan gendang. Selepas lima belas hari sambutan Tahun Baru Cina, Cap Goh Mei
               diadakan bagi menandakan perayaan Tahun Baru Cina yang telah tamat.

               Hukum Adat dan Nilai Etnik India

                       Enik India juga memiliki hukum adat dan amalan sosiobudaya mereka yang tersendiri. Etnik India
               lazimnya menganut agama Hindu. Walaupun agama Hindu bukan agama samawi tetapi nilai moral tetap
               menjadi keutamaan. Kepercayaan etnik India terhadap agama sebagaimana yang terkandung dalam kitab
               Veda merupakan satu bentuk penekanan terhadap aspek etika dan moral (Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki
               Yusuf et al. 2021, p.29). Menurut Ponniamah M. Muniandy (2016, p.1) pada asalnya penduduk India yang
               berhijrah ke Tanah Melayu telah membawa bersama adat resam, tradisi, kebudayaan, kesusasteraan,
               bahasa, kepercayaan, kesenian serta tradisi makanan dan pakaian mereka bersama-sama. Hal ini terlihat
               melalui petikan berikut:
                           “Awak tahu tak, ayah saya dua kali dalam setahun pulang ke Bangalore. Di India ada
                           satu tumbuhan herba dipanggil Brahmi. Kitab purba kami memberitahu, kalau kita
                           minum air lumatan Brahmi, ingatan kita akan kekal”.
                                                                        (Jendela Menghadap Jalan, 2009, p.13)






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 753 -
   761   762   763   764   765   766   767   768   769   770   771