Page 762 - Proceedings Collega2023
P. 762

Adat Melayu

                       Masyarakat  Melayu  tradisional  merupakan  kelompok  masyarakat  yang  sangat  mementingkan
               adat (Laurent Metzger, 2009, p.23). Perkara ini digambarkan dengan jelas melalui pepatah yang dipegang
               kuat oleh mereka yang berbunyi “biar mati anak, jangan mati adab”. (Zulhilmi Paidi, Rohani Hj. Ab Ghani
               etal., 2020, p.41). Menurut Siti Sarah Nadiah Aziz (2015, p.75), dalam memelihara keharmonian kehidupan
               bermasyarakat, nilai-nilai adat serta muafakat amat dititikberatkan dalam hubungan masyarakat Melayu
               bagi menyempurnakan urusan kehidupan.Adat Melayu menggariskan pedoman dan etika spesifik tentang
               bagaimana  masyarakat  Melayu  menerima  dan  meraikan  tetamu.  Hal  ini  ternyata  benar berdasarkan
               kebaikan dan keikhlasan etnik Melayu melayan tetamu. Perihal adat melayan tetamu terdapat dalam
               novel-novel terpilih seperti petikan-petikan berikut:

                       “Kata Tia, orang Malaya ini mudah mesra dan menerima tetamu dengan hati terbuka,
                       seperti Samad”.
                           (Nanyang, 2015, p.13)
                       “Minumlah!”  Mak Hajah  menghulurkan secawan teh yang masih berkembut asapnya.
                       Kam menyambut”.
                                                                                                    (Nanyang, 2015, p.13)
                       “Adat  orang  Melayu  kalau  ada  tetamu  datang  ke  rumah mesti makan dahulu. Kalau
                       tidak kecil hati nanti”.(Nyanyian Musim Rusuh, 2016, p.76)
                       Tanpa diarah kami membancuh minuman buat tetamu yang datang mengejut dan nenek
                       membawa minuman itu ke luar.
                                                                         (Jendela Menghadap Jalan, 2009, p.124)

                       Petikan-petikan  ini  menunjukkan  adat  dan  nilai  etnik  Melayu  yang  suka  meraikan  tetamu.
               Menurut Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005, p. 77), “Jika menerima tetamu, tuan rumah hendaklah
               memberi layanan yang sebaik mungkin dengan melayan dan berbicara sepatutnya”. Meraikan tetamu
               merupakan adat yang biasa diamalkan oleh orang Melayu. Orang Melayu sangat menghormati tetamu dan
               mereka akan melayan tetamu dengan baik. Kenyataan ini disokong oleh Laurent Metzger (2009, p.27),
               “salah satu nilai yang begitu jelas dalam masyarakat Melayu ialah sikap suka menerima tetamu”. Hal itu
               begitu jelas dalam acara perkahwinan atau semasa Hari Raya.
                       Masyarakat Melayu sering mengadakan rumah terbuka, menjamu orang makan dan mengadakan
               kenduri kendara. Masyarakat Melayu kebiasaannya akan menyambut tetamu dengan ramah dan perkara
               ini telah menarik perhatian orang asing seperti kenyataan yang dibuat oleh Isabella Bird (2011) “Hospitality
               is one of the Malay virtues”. Menyediakan hospitaliti merupakan nilai murni orang Melayu. Adat melayan
               tetamu ini dipertahankan sejak dahulu dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Adat ini sentiasa
               dipastikan terpelihara dan tidak lapuk ditelan zaman.
                       Siti Sarah Nadiah Aziz (2015, p. 75) menyebutkan bahawa, “adat merupakan peraturan sosial yang
               mengandungi  kod  etika  moral  yang  berlandaskan  nilai-nilai  sosial”.  Setiap  tindak  tanduk,  perilaku,
               perbuatan  dan  perlakuan  masyarakat  perlu  menepati  adat  yang  telah  diamalkan  oleh  masyarakat
               terdahulu. Adat menyambut dan menerima tetamu seperti yang terdapat dalam petikan-petikan di atas
               merupakan perbuatan moral yang baik dan boleh terus diamalkan.
                       Selain daripada adat menerima tetamu, terdapat juga adat Melayu tentang adat menjadi tetamu.
               Tetamu yang hadir ke sesebuah rumah yang dikunjungi, perlu menghormati tuan rumah supaya tidak
               berlama-lama di rumah tuan rumah kerana  dibimbangi mereka akan menganggu urusan tuan rumah
               tersebut seperti petikan berikut:
                           “Lewat”  membawa  maksud  tersirat  yang  nenek  sampaikan  melalui  renungan
                           matanya.  Kehadiran  kami  yang  berlama-lamaan  tentu  akan  mengganggu  urusan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 749 -
   757   758   759   760   761   762   763   764   765   766   767