Page 768 - Proceedings Collega2023
P. 768

sebagai Nritya. Di Malaysia keadaan ini sedikit berubah sebagaimana yang dinyatakan oleh Premalatha
               Thiagarajan (2017, pp.69-84) seperti berikut:
                           Bharata  Natyam  and  Odissi,  the  two  most  popular  Indian  classical  dances  in
                           Malaysia, are represented by multi-ethnic dancers—Indians, Malays, and Chinese.
                           Pioneer dance gurus, professional touring and performing artists, and international
                           soloists emerging from the country are primarily men. However, this historical trend
                           is now being slowly challenged by the severe involvement of some female dancers. I
                           consider the historical male ascendancy in Malaysia a unique phenomenon because
                           female dancers usually dominate Indian classical dance in India and elsewhere.
                       Bharata Natyam dan Odissi merupakan dua jenis tarian klasik India paling popular di Malaysia.
               Menariknya  di  Malaysia,  tarian  ini  bukan  sahaja  dipersembahkan  oleh penari etnik  India,  tetapi turut
               diwakili oleh penari etnik Melayu dan Cina. Selain itu, perintis, guru tarian, artis pelancongan, penari
               profesional dan penari solo antarabangsa kebanyakan terdiri daripada orang lelaki.
                       Namun  begitu,  trend  terkini  menunjukkan  tarian  ini  mula  dicabar  dengan  penglibatan  serius
               penari  wanita.  Premalatha  Thiagarajan  (2017,  pp.69-84)  juga  menganggap bahawa penglibatan kaum
               lelaki sebagai penari tarian klasik India adalah fenomena unik. Hal ini kerana di India dan tempat lain selain
               Malaysia,  tarian  ini  dikuasai  oleh  penari  wanita.  Jelasnya,  budaya  dan  adat  etnik  India  diterima  dan
               dihormati oleh etnik lain sepertimana yang ditonjolkan oleh watak Lili dalam novel Jendela Menghadap
               Jalan (2009).

               Hukum adat dan Nilai Etnik Minoriti

                       Selain etnik Melayu, Cina dan India, etnik Sungai Buludupi dalam novel Ayah (2019, p.43) juga
               memiliki  adat  mereka  yang  tersendiri.  Seorang  pengantin  yang  ingin mendirikan  rumah  tangga  perlu
               berpantang selama sebulan sebelum hari pernikahannya. Hal ini dikaitkan dengan kepercayaan bahawa
               bakal pengantin pada fasa ini sedang berdarah manis. Selama tempoh tersebut, mak andam akan datang
               setiap  pagi  memandikan  dan  menggosok  seluruh  wajah  dan  badan  Zainun,  sahabat  baik  Rania  yang
               merupakan bakal pengantin.
                       Badannya digosok dengan bedak sejuk dan belahan limau nipis. Ini untuk memastikan kulit Zainun
               menjadi lebih cerah dan licin. Rambut Zainun dilumur dengan campuran daun limau purut, kuntuman
               bunga  raya  dan  sedikit  air.  Hasilnya  rambut  Zainun menjadi  berkilat  dan  berbau  harum.  Pada  setiap
               malam, sebelum tidur, bibir perlu dioles dengan madu asli untuk mendapatkan bibir semerah delima. Bulu
               mata pula disapu dengan lendir lidah buaya supaya menjadi lentik. Rania merasakan adat ini sangat baik
               dan merupakan petua yang berkesan. Dari persepektif etika sosiobudaya, adat ini tidak menyalahi norma
               moral dan diterima oleh masyarakat setempat. Adat ini juga tidak memudaratkan dan mendatangkan
               kebaikan seperti petikan di bawah:

                           “Berbaloi  Zainun  mengurung  diri  sebulan  yang  lepas.  Wajah  Zainun  putih  licin,
                           bibirnya merah delima, bulu mata melentik dan rambutnya sihat berkilat disanggul
                           satu, menjadi bukti”.
                                                                                                    (Ayah, 2019, p.43)
               Selain itu, menjadi adat bagi mereka yang berkahwin memakai pakaian tradisi yang dipanggil Riak Mas.
               Zainun mengenakan Riak Mas yang diperbuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi dengan tekatan benang
               emas serta renda bercorak di sekeliling baju. Potongan kainnya di paras buku lali. Bagi setiap sulaman
               benang emas dan belahan kain terdapat taburan manik beraneka warna. Kepala Zainun pula dihias dengan
               hiasan yang diperbuat daripada kain hitam yang dihiasi dengan seulaman benang serta hiasan labuci juga



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 755 -
   763   764   765   766   767   768   769   770   771   772   773