Page 757 - Proceedings Collega2023
P. 757
HUKUM ADAT MASYARAKAT BERBILANG ETNIK DALAM
NOVEL NOVEL REMAJA TERPILIH
1
Maznida MAHADI
Tengku Intan Marlina TENGKU MOHD ALI* 2
3
Mardian Shah OMAR
1,2,3 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia maznida.mm@gmail.com
inmarlin@um.edu.my mardianso@um.edu.my
ABSTRACT
Adat dan nilai yang dinaratifkan dalam novel-novel remaja merupakan sebahagian daripada gambaran
kehidupan masyarakat, bangsa atau etnik. Namun begitu, gambaran ini tidak terdapat dalam novel-novel remaja
popular dan perkara ini perlu diberi perhatian. Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan hukum adat dan nilai etnik
yang terdapat dalam lima buah novel remaja terpilih, iaitu novel Ayah (2019), Penebus Kalbu (2017), Nyanyian Musim
Rusuh (2016), Nanyang (2015) dan Jendela Menghadap Jalan (2008). Kajian ini menggunakan Perspektif Etika
Sosiobudaya yang dikemukakan oleh Sugiarti & Eggy Fajar Andalas untuk meneliti hukum adat dan nilai etnik yang
terdapat dalam novel- novel remaja terpilih. Kajian ini menemukan hasil dapatan penting iaitu, hukum adat dikesan
melalui nilai-nilai yang dipegang oleh etnik Melayu, Cina, India dan etnik Sungai Buludupi sebagai budaya etnik yang
diterima oleh masyarakat setempat. Dalam novel remaja, hal ini tercermin melalui karakter-karakter yang terdapat
dalam novel remaja terpilih. Dapatan ini juga memperlihatkan etika sosiobudaya berperanan sebagai pedoman etika yang
menekankan kepentingan memahami adat dan nilai etnik lain. Kesimpulannya, membaca novel-novel remaja terpilih
dapat memberi pencerahan tentang hukum adat dan nilai yang dipegang oleh etnik tertentu dan manfaat membaca novel
remaja perlu disebarluaskan dan tidak terhad kepada pelajar aliran sastera semata-mata.
Kata kunci: adat; etnik; nilai; novel remaja; sosiobudaya
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 744 -

