Page 760 - Proceedings Collega2023
P. 760
untuk memberi pencerahan dan pemahaman tentang hukum adat sebagai sebahagian daripada identiti
budaya dan nilai etnik dalam elompok masyarakat (Azami, T, 2022; Adnyani, 2021). Norma-norma hukum
adat yang berkaitan dengan perkahwinan, warisan, persengketaan, dilema sering menjadi pilihan pengkaji
untuk memahami budaya dan nilai sesebuah etnik (Anggraini P & Gunawijaya, 2018; Sartika & Almonika,
2022).
Tinjauan literatur ini juga menyentuh tentang hubungan antara hukum adat dan perkaitannya
dengan agama. Hukum adat bersinegri dengan hukum formal seperti agama (Aditya, 2019; Marwa, 2021).
Hukum adat dan agama saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan. (Hamdani F & Fauzia A, 2022).
Hukum adat sarat dengan nilai kearifan tempatan yang membentuk sesebuah negara dan untuk
memelihara identiti negara bangsa (Konradus D, 2018). Hukum adat juga berperanan menyeimbangi
kesan industri 4.0, di mana masyarakat millennial juga tidak terlepas daripada berpegang kepada hukum
adat (Fathoni M, 2021).
Secara keseluruhan, tinjauan literatur tentang hukum adat dalam masyarakat berbilang etnik
memberi wawasan yang luas tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai yang terdapat dalam sistem hukum
adat. Adanya pemahaman yang lebih baik tentang hukum adat juga dapat membantu dalam
pengembangan regulasi yang responsif dan inklusif bagi masyarakat berbilang etnik. Karya sastera yang
memerihalkan hukum adat berperanan penting dalam mengukuhkan identiti etnik, melestarikan
kekayaan warisan budaya, dan menghormati keperluan dan kepentingan hukum adat dalam
masyarakat berbilang etnik.
Metodologi
Kajian analisis teks dilakukan terhadap lima buah novel remaja terpilih yang telah memenangi
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Lima buah novel remaja terpilih ialah novel Ayah (2019) karya
Dayang Ku Mastura, novel Nyanyian Musim Rusuh (2016) karya Husna Nazri dan novel Nanyang karya
Hafizah Iszahanid. Kajian kepustakaan dilakukan untuk mengkaji kepelbagaian budaya masyarakat yang
terdapat dalam novel-novel remaja HSKU tepilih. Kajian ini menerapkan perspektif etika sosiobudaya yang
merupakan perspektif asas dalam Teori Etika dalam Sastera yang diperkenalkan oleh Sugiarti & Eggy Fajar
Andalas (2018). Teori Etika dalam Sastera oleh Sugiarti dan Eggy Fajar Andalas (2018) menjelaskan fungsi
karya sastera sebagai sebahagian daripada kenyataan sosial, alam semesta sebagai objek penciptaan,
karya sastera sebagai cermin kehidupan masyarakat dan karya sastera sebagai kitab pembelajaran moral.
Karya sastera juga merupakan sebahagian daripada perlakuan tiruan kepada peristiwa yang berlaku di
alam semesta.
Perspektif Etika Sosiobudaya
Teori Etika dalam Sastera dipecahkan kepada tiga perspektif, iaitu perspekti etika seni dalam
sastera, perspektif etika agama dalam sastera dan perspektif etika sosiobudaya dalam sastera. Makalah
ini memfokuskan perspektif etika sosiobudaya sebagai landasan kajian. Rajah di bawah menerangkan
prinsip-prinsip asas perspektif etika sosiobudaya:
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 747 -

