Page 749 - Proceedings Collega2023
P. 749
Peta yang terkini melalui Rajah 6 telah diberikan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar,
Cawangan Kemaman selaku pihak berkuasa tempatan yang mempunyai autoriti untuk melakukan
pemetaan dan merancang pembangunan Bandar Chukai. Pemetaan ini pada awalnya dilaksanakan
bertujuan untuk mengenalpasti lot bangunan, guna tanah, rupa bandar dan lain-lain butiran untuk
melaksanakan perancangan pembangunan ke atas kawasan berkenaan. Pernyataan ini berdasarkan
dapatan dari temu bual ke atas wakil pihak PBT. Peta ini mengambarkan pelan lot bangunan yang terdapat
disekitar Jalan Sulaimani, Jalan Masjid dan Jalan Abdul Rahman, sebagaimana fokus butiran lokasi
bangunan yang tersenarai di Jadual 2. Namun begitu, terdapat input yang penting boleh diperoleh
daripada pemetaan ini. Input seperti perubahan nama jalan adalah hal yang telah dikenalpasti di dalam
pemetaan ini. Nama Jalan Pasar tidak lagi digunakan kini kerana hanya ingin menggunakan nama Jalan
Sulaimani sahaja untuk sepanjang jalan. Sebagaimana telah didedahkan sendiri oleh pihak PBT sewaktu
temu bual dijalankan. Perbezaan nama jalan ini dapat dilihat pada Rajah 5 dan Rajah 6.
Sewaktu sesi temu bual bersama pihak PBPT, pihak ini telah menjelaskan perubahan yang berlaku
ke atas nama jalan-jalan ini selain turut telah menunjukkan persempadanan antara setiap jalan yang
terlibat. Menurutnya, perubahan nama jalan ini telah berlaku pada sekitar tahun 1980an, kerana melihat
kepada jarak jalan yang tidak panjang namun mempunyai 3 nama yang terlibat. Pihak ini merasakan tiada
keperluan untuk mengekalkan ketiga-tiga nama jalan yang berbeza padahal melibatkan jalur jalan yang
sama dan pendek. Oleh itu, nama Jalan Pasar dibatalkan dan nama Jalan Sulaiman digantikan kepada Jalan
Sulaimani. Menjadikan keadaan jalan seperti yang dapat dilihat menerusi Rajah 4.3. Kerja menaiktaraf
nama jalan ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kemaman).
Berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), menerusi Seksyen 29 iaitu
berkenaan nama jalan, pihak JBPT Kemaman mempunyai keupayaan untuk mengubah ataupun
menetapkan nama jalan di sesebuah kawasan. Namun tindakan ini haruslah mempunyai alasan yang
jelas/munasabah, selain turut tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa negeri (PBN). Hal ini
berikutan PBN mempunyai peruntukan bidang kuasa berkenaan tanah negeri (Nur Aini binti Idris, 2015).
Hasilnya dapat dilihat berlakunya perubahan sebegini di jalan yang prominen dengan lokasi bangunan
bersejarah di Bandar Chukai.
Rajah 3: Pelan Lot Bangunan Yang Meliputi Jalan Sulaimani, Jalan Masjid Dan Jalan Abdul Rahman
(Pelan diberikan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar, Cawangan Kemaman)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 736 -

