Page 751 - Proceedings Collega2023
P. 751
4.2 Perubahan Kepada Morfologi Warisan Bandar Setelah 27 Tahun
Hasil perolehan kedua-dua pemetaan telah mendapati terdapat perbezaan tempoh waktu yang
sangat panjang antara dua pemetaan berkenaan. Pemetaan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1995,
manakala pemetaan kedua telah diperoleh pada tahun 2022 (berdasarkan penerimaan dari pihak PBT).
Perbezaan tempoh waktu sebanyak 27 tahun telah menunjukkan beberapa perubahan yang drastik,
terutamanya terhadap rupa bentuk atau morfologi warisan yang ada di Bandar Chukai. Berdasarkan
pemerhatian kasar terhadap peta yang diberikan oleh pihak PBT, telah didapati bahawa terdapat
beberapa buah bangunan warisan yang yang tersenarai di Jadual 2 tidak lagi wujud pada hari ini. Atau
dalam erti kata lain mungkin telah lupus.
Antara bangunan warisan yang dimaksudkan adalah Siew Distillery dan rumah kediaman
beralamat 47, Jalan Bakar dan K52, Jalan Kampung Cina. Sebagaimana yang telah dijelaskan, pihak PBT
tidak mengetahui akan keberadaan ketiga-tiga bangunan berkenaan. Malahan jika melihat di dalam peta
yang diberikan, boleh dianggap bahawa bangunan-bangunan berkenaan sudah lagi tiada. Hal ini kerana
di dalam peta yang diberikan oleh pihak berautoriti tidak dinyatakan berkenaan lokasi lot bangunan-
bangunan ini. Perkara ini tidak hanya memberikan kesulitan dalam mengenalpasti lokasi dan keadaan
terkini bangunan, malahan ia juga menganggu nilai warisan setempat. Dengan cara mengurangkan jumlah
bangunan warisan yang ada di Bandar Chukai, jika dibandingkan dengan pemetaan pada tahun 1995.
Selain itu, bangunan signifikan dan prominen dari segi fungsi dan nilai iaitu Bekas Pejabat Kastam
juga telah dilupuskan untuk tujuan perancangan pembangunan tempatan. Pelupusan tapak berkenaan
dilakukan adalah kerana pihak PBT ingin mewujudkan sebuah kawasan zon hijau di Bandar Chukai.
Hasilnya, tapak berkenaan kini telah dibangunkan menjadi sebuah taman persiaran dengan nama Taman
Persiaran Bandar Chukai. Menurut pihak ini, bangunan berkenaan telahpun dilupuskan oleh kerana
berasakan bangunan berkenaan tidak lagi wajar untuk dikekalkan. Selain merasakan pembangunan lain
boleh diaplikasikan ke atas tapak berkenaan.
Perubahan yang berlaku ke atas rupa bandar ini adalah disebabkan pengabaian kepada data
pemetaan yang sepatutnya diuruskan dengan baik oleh pihak berautoriti seperi pihak perancang bandar.
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya set data pemetaan yang komprehensif, warisan binaan
yang telah berusia hampir ratusan tahun ini akan dinilai untuk diurus dengan lebih baik. Sekali gus
merendahkan risiko pengabaian terhadap bangunan-bangunan ini. Jika dilihat kepada situasi
pemuliharaan yang berlaku ke atas bandar-bandar seperti Georgetown, Taiping dan Melaka, pihak
perancang yang terlibat telah memainkan peranan untuk menjamin kelangsungan warisan binaan di
lokaliti terbabit. Melalui data pemetaan yang diuruskan dengan baik dan berkala, mereka, mampu
merangka pelan perancangan pemuliharaan warisan yang lebih menjamin dan mapan (PLANMalaysia,
2016; PLANMalaysia, 2021).
Seharusnya jalan kerja yang dan pengurusan data pemetaan sebegini diambil contoh sekiranya
mahu menjamin kelangsungan warisan binaan setempat. Oleh keranan itu, HUL sangat menitikberatkan
fungsi pemetaan dalam melaksanakan pemuliharaan bandar bersejarah. Melalui pemetaan yang
menyeluruh, nilai warisan setempat mampu diangkat untuk diberikan perhatian (UNESCO, 2016) dan
tidak sewenangnya dimusnahkan atau dipinggirkan. Sebagaimana menurut L.W.C. Lai, et al, (2017), peta
alat yang sangat berfungsi untuk mengangkat warisan setempat. Dengan adanya peta yang lengkap,
kelebihan lain seperti usaha pemuliharaan warisan dapat dilaksanakan dengan berkesan (B. N. Prabowo,
et al, 2020).
4.3 Usaha Pemuliharaan Yang Tidak Menyeluruh Oleh Pihak Berkepentingan
Hasil temu bual separa berstruktur yang telah dijalankan ke atas ketiga-tiga pihak
bertanggungjawab dalam hal ehwal pemuliharaan Bandar Chukai, telah mendapati bahawa pihak-pihak
ini kurang memberi tumpuan kepada kerja pemuliharaan bandar. Buktinya, mengikut analisis langkah
implementasi pemuliharaan bandar berdasarkan garis panduan HUL (UNESCO, 2016), pihak
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 738 -

