Page 754 - Proceedings Collega2023
P. 754

Menyedari masalah ini, terdapat keperluan yang berat untuk melaksanakan sebuah peta terkini
               yang lebih integratif dan komprehensif. Khususnya melibatkan butiran terkini elemen morfologi yang ada
               di Bandar Chukai seperti yang ditonjolkan oleh bangunan bersejarah. Sebuah pemetaan baharu yang
               menggunakan  teknik  GIS  wajar  dilaksanakan  bagi  mengenalpasti  butiran  terkini  bentuk  bandar  ini.
               Penerapan teknik ini akan menyumbang kepada kesinambungan peta yang berfokus kepada warisan bina
               sedia ada di bandar tersebut. Selain turut mampu menyumbang input kepada langkah awal pemuliharaan
               bandar sebagaimana yang diketengahkan oleh HUL. Oleh yang demikian, sebuah peta dihasilkan bagi
               mengetengahkan  lokasi  bangunan  bersejarah  yang  ada  di  Bandar  Chukai  berdasarkan  input  yang
               diperoleh melalui pemetaan pertama dan pemetaan kedua, sebagaimana yang ditunjukkan melalui Rajah
               4.

               Rajah 4: Peta Lokasi Terkini Bangunan Bersejarah di Bandar Chukai




























                       Masalah yang berlaku di Bandar Chukai memberikan gambaran bahawa berlakunya kelompongan
               kerja  pemuliharaan  yang  dinamik  kepada  bandar  bersejarah  di  Malaysia.  Keadaan  ini  turut  memberi
               gambaran  bahawa  berkemungkinan  keadaan  yang  sama  turut  membelenggu  kebanyakkan  bandar
               sebegini.  Sebagai  sebuah  negara  yang  mempunyai  latar  belakang  sejarah  yang  panjang,  Malaysia
               seharusnya berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keunikan warisan yang sedia ada. Warisan bina
               harus  dikenalpasti  dan  dipulihara  dengan  baik.  Hanya  dengan  tindakan  sebegini,  keunikan  khazanah
               warisan dan sejarah tempatan di setiap lokaliti mampu dikekalkan.

               Penghargaan
                       Penghargaan diberikan kepada geran penyelidikan Penjanaan Maklumat Aset Warisan Muzium
               Melalui  Pembangunan  Kod  Reka  Bentuk  (GUP-2021-065)  dan  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  atas
               kemudahan pembiayaan yang disediakan sepanjang kajian.












               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 741 -
   749   750   751   752   753   754   755   756   757   758   759