Page 752 - Proceedings Collega2023
P. 752

berkepentingan ini secara umumnya tidak menjalankan kerja pemuliharaan dengan baik. Selain turut
               tidak mencapai kriteria proses pemuliharaan yang sewajarnya.

               Jadual  3:  Analisis  Tindakan  Yang  Diambil  Oleh  Informan  Berdasarkan  Langkah  Implementasi  HUL
               (UNESCO, 2016)

                                             Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Informan (Ya/Tidak)
                  Proses/Langkah Berdasarkan
                  Pelaksanaan HUL            Jabatan  Perancangan,  Plan                Muzium Kemaman
                                             Cawangan Kemaman     Malaysia@Terengganu


                  Langkah 1 - sumber inventori   Ya               Ya                    Ya

                  Langkah 2 - tentukan nilai   Tidak              Tidak                 Tidak


                  Langkah 3 – tentukan       Tidak                Tidak                 Tidak
                  kelemahan
                  Langkah 4 - membangunkan   Tidak                Tidak                 Tidak
                  strategi
                  Langkah 5 - mengintegrasikan  Tidak             Tidak                 Tidak
                  strategi
                  Langkah 6 – utamakan       Tidak                Tidak                 Tidak


                  Langkah 7 - perkongsian    Ya                   Ya                    Ya
                  terbina
                  Langkah 8 – pantau sumber    Tidak              Tidak                 Tidak

                       Analisis  (berdasarkan  Jadual  3) mendapati  ketiga-tiga  pihak  berkepentingan  secara  umumnya
               telah memberi respon yang sama berkenaan perkembangan pemuliharaan Bandar Chukai. Hasil temu
               bual mendapati terdapat dua langkah pemuliharaan yang pernah berjalan di Bandar Chukai iaitu Langkah
               1 (sumber inventori) dan Langkah 7 (perkongsian terbina). Inventori merujuk kepada senarai terperinci
               komponen  yang  terdapat  di  sesebuah  tempat  (Hizani  Izzati  Rijat@Hijat,  2018).  Dalam  ruang  lingkup
               perbincangan kajian ini, inventori merujuk kepada senarai bangunan warisan setempat. Oleh itu, Langkah
               1 adalah mengenalpasti beberapa kawasan dan bangunan yang mempunyai nilai warisan yang signifikan.
                       Pihak  berkepentingan  seperti  pihak  PBT  dan  pihak  muzium  mengetahui  terdapat  sebilangan
               bangunan yang mempunyai latar belakang sejarah yang signifikan. Contohnya Muzium Kemaman dan
               Bekas Pejabat Kastam yang telah muncul sejak era kolonial. Selain itu, pihak ini turut mengetahui bahawa
               deretan rumah kedai di Jalan Pasar dan Jalan Sulaiman telah terbina lama pada era yang sama. Lantas
               menunjukkan bangunan penting dari segi sejarah dan usianya. Namun disebabkan kekurangan data yang
               boleh  diperoleh,  pihak  ini  hanya  mempunyai  pengetahuan  ringkas  berkenaan  bangunan-bangunan
               warisan di sekitar Chukai.
                       Sungguhpun begitu, Muzium Kemaman telah mendapat kerjasama dan bantuan pemuliharaan
               daripada pihak luar untuk membangunkan serta mengekalkan identiti dan fungsi bangunan. Secara tidak
               langsung telah menjalankan langkah pemuliharaan ketujuh menurut garis panduan HUL iaitu perkongsian
               terbina. Bangunan ini dahulunya pernah berfungsi sebagai pejabat bijih besi, seterusnya berubah fungsi
               dengan dibangunkan untuk dijadi sebagai sebuah bank iaitu Malayan Banking. Namun, pada tahun 2008
               bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan diserahkan kepada pihak Muzium Negeri



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 739 -
   747   748   749   750   751   752   753   754   755   756   757