Page 746 - Proceedings Collega2023
P. 746
Soalan temu bual yang dijalankan berteraskan 3 komponen tema bagi mengetahui pendekatan
pengurusan yang diambil oleh pihak-pihak berkepentingan dalam memulihara bangunan bersejarah. 3
komponen berkenaan adalah (i) keadaan terkini bangunan, (ii) perkembangan pemetaan dan
pemuliharaan dan (iii) impak daripada usaha pemuliharaan yang pernah dijalankan. Hasil daripada temu
bual yang dijalankan, data akan dianalisis bagi mengetahui serta menyimpul pendekatan pengurusan
pihak berkepentingan. Penilaian ini dibuat berdasarkan panduan praktikal daripada proses/langkah
pelaksanaan HUL (UNESCO, 2016) berdasarkan tindakan pemuliharaan yang telah dilaksanakan.
Jadual 1: Kaedah Analisis Data
K. Kutipan Data Sumber/Sampel Data Kaedah Analisis Data
Analisis • Pemetaan Bangunan I. Membandingkan kedua-dua pemetaan
Dokumen Sebelum Perang di bagi mendapat gambaran terkini tentang
Bandar Chukai lokasi bangunan bersejarah dengan lebih
• Pemetaan Terkini tepat.
II. Memberi perhatian kepada perubahan yang
berlaku seperti perubahan nama jalan,
nama bangunan, etc.
Temu Bual • 1 wakil pegawai Jabatan I. Mengenalpasti usaha pemuliharaan yang
Separa Perancangan Bandar, pernah dijalankan oleh pihak berwajib ke
Berstruktur Cawangan Kemaman atas bangunan bersejarah.
• 1 wakil pegawai II. Memperhalusi pemetaan dan rangka kerja
Perancangan Bandar dan pemuliharaan yang dijalankan.
Desa, Negeri Terengganu III. Analisa data yang dikumpul daripada temu
• 1 wakil pegawai Muzium bual dianalisa menggunakan analisa
Kemaman kandungan bertema.
IV. Pendekatan HUL telah digunakan sebagai
garis panduan analisa tindakan
pemuliharaan yang pernah dijalankan.
3.1 Kawasan Kajian dan Justifikasi Pemilihan
Kajian ini dijalankan di Bandar Chukai, Terengganu, sebuah bandar lama bersaiz kecil yang terletak
bersebelahan dengan Sungai Kemaman. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan Sungai Kemaman
memberikan kawasan ini kepentingan dari segi ekonomi setempat. Kawasan ini juga suatu ketika dahulu
pernah muncul sebagai lokasi tumpuan ekonomi yang telah mendapat pembangunan pesat sejak era
kolonial British. Hasil daripada kajian awal telah mendapati bahawa masalah utama keatas perkembangan
pemuliharaan warisan budaya melalui bangunan bersejarah di Bandar Chukai adalah ketiadaaan
pemetaan berkala terhadap bangunan bersejarah yang lengkap. Kenyataan ini adalah kerana terdapat
kelompongan yang besar pelaksaan pemeteaan bangunan bersejarah sejak awal ia dilaksanakan pada
tahun 1992/1993 (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Pemetaan yang dilaksanakan pada tahun berkenaan boleh dianggap agak lengkap kerana ia
menyertakan butiran seperti alamat, jumlah bangunan, jenis bangunan dan gaya seni bina dengan agak
terperinci. Sebanyak 28 buah bangunan lama pelbagai jenis seperti rumah kediaman, rumah kedai, rumah
ibadah dan pejabat, telah disenaraikan melalui pemetaan berkenaan. Lokasi bangunan-bangunan lama ini
kesemuanya terletak di Jalan Pasar, Jalan Sulaiman dan Jalan Masjid (kini Jalan Sulaiman dan Jalan Pasar
telah digabungkan menjadi Jalan Sulaimani). Bangunan-bangunan ini adalah amat penting dari segi nilai
warisan kerana kebanyakkannya telah mencapai status bangunan warisan menurut Jabatan Warisan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 733 -

