Page 745 - Proceedings Collega2023
P. 745
bertanggungjawab menyelaraskan panduan pembangunan, melaksana kerja penambaikan ke atas
bangunan dan melaksanakan kerja pemuliharaan secara umumnya ke atas kawasan warisan di dalam
bandar. Ini adalah bukti komitmen pihak pentadbiran tempatan menjaga warisan yang ada di bandar-
bandar besar berkenaan. Selain membuktikan usaha pemuliharaan yang baik telah dijalankan di kawasan
sebegini, dan mampu untuk dijadikan contoh pengimplementasian panduan pemuliharaan di lokasi
bandar yang lain di Malaysia.
Dengan segala pelan tindakan pemuliharaan bandar yang pernah dijalankan, dalam konteks yang
lebih menyeluruh, usaha pemuliharaan bandar bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat mempunyai
kelompongan yang besar. Hal ini dikatakan demikian kerana fokus yang sebegini baik kurang diberikan
sama ke atas bandar bersejarah bersaiz kecil. Kebanyakkan garis panduan melalui pelan perancangan
tempatan kurang menitikberatkan isu pemuliharaan terhadap kawasan-kawasan sebegini. Malahan
terdapat kawasan di mana berlakunya isu dalam peringkat awalan usaha pemuliharaan. Antara masalah
yang telah dikenalpasti adalah kelompongan pemetaan warisan ketara seperti bangunan bersejarah yang
ada di bandar sebegini. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dalam mengenalpasti bangunan
bersejarah dan nilai warisan ketara yang ada ‘menghiasi’ morfologi warisan bandar bersejarah bersaiz
kecil.
Langkah awal pemuliharaan melalui usaha tinjauan pemetaan yang komprehensif adalah sangat
mustahak dalam mengenalpasti kedudukan nilai warisan setempat seperti bangunan yang ada di
sesebuah bandar bersejarah. Tanpa pemetaan yang komprehensif, data berkenaan lokasi, jumlah dan
jenis bangunan tidak dapat dipantau sebaiknya. Seterusnya mampu memberi ancaman kepada rupa
bentuk bandar bersejarah. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap implementasi
pemetaan bangunan dan tapak warisan di bandar bersejarah bersaiz kecil. Selain turut mencadangkan
data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara elemen penting morfologi
bandar bersejarah.
Metodologi
Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan 2 kaedah penggumpulan
data iaitu analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dalam mencapai matlamat kajian. Analisis
dokumen di dalam kajian ini merujuk kepada penganalisaan terhadap 2 data pemetaan yang terdapat ke
atas bandar lama Chukai. Kajian awal telah mendapati bahawa terdapat sebuah pemetaan yang
menunjukkan butiran terperinci warisan binaan di Chukai yang dikeluarkan pada tahun 1995. Menerusi
pemetaan ini, butiran seperti alamat, jenis bangunan, gaya binaan serta jumlah bangunan telah
dinyatakan dengan agak terperinci. Walau bagaimanapun, tiada tindakan susulan ke atas pemetaan pada
tahun berikutnya. Pihak Jabatan Perancangan Bandar, Cawangan Kemaman bagaimanapun telah
menjalankan pemetaan baharu yang menunjukkan nama jalan dan lot bangunan terkini di Chukai.
Sungguhpun begitu, dari segi perincian data bangunan lama, ia tidak dinyatakan di dalam pemetaan
tersebut.
Kaedah kutipan data yang melibatkan temu bual separa berstruktur juga dijalankan bagi
mendapatkan informasi berkenaan usaha pemuliharaan yang pernah dijalankan ke atas Bandar Chukai.
Hal ini termasuklah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pelaksanaan pemetaan warisan
binaan yang terdapat di sekitar kawasan bandar. Temu bual ini dijalankan ke atas seorang wakil pegawai
daripada tiga berkepentingan untuk terlibat sama dengan pelaksanaan pemuliharaan bandar lama Chukai.
Ketiga-tiga pihak ini mempunyai autoriti tersendiri berdasarkan peranan yang mampu dimainkan dalam
konteks pentadbiran tempatan. Hal ini kerana pihak-pihak ini berfungsi sebagai badan perancang dan juga
mampu bertindak sebagai badan pelaksana berkenaan hal pemuliharaan bandar. Ketiga-tiga pihak ini
terdiri daripada (i) Jabatan Perancangan Bandar, Cawangan Kemaman, (ii) Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa, Negeri Terengganu dan (iii) Muzium Kemaman. Jadual 1 menerangkan berkenaan kaedah
analisis data kajian setelah kutipan data melalui dokumen dan temu bual telah dijalankan.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 732 -

