Page 744 - Proceedings Collega2023
P. 744
Sehingga ke hari ini kerja pemetaan tidak dilaksanakan dengan baik sehingga berlakunya kelompongan
dalam mendapatkan data pemetaan dengan butiran yang lengkap. Secara tidak langsung dapat
disimpulkan bahawa berlakunya pengabaian ke atas kerja pemuliharaan bandar lama Chukai pada
peringkat awal lagi. Keadaan ini mampu menyebabkan pencerobohan hak warisan ke atas bangunan
bersejarah, sehinggakan mampu mengakibatkan bangunan bersejarah dilupuskan.
Data pemetaan yang lengkap adalah adalah input yang paling penting bagi mengetahui morfologi
sesebuah bandar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Erkan (2018). Menurutnya, tanpa pemetaan,
langkah seterusnya ke arah sebuah usaha pemuliharaan yang tidak dapat dicapai. Penganalisiaan oleh
B.N. Prabowo, et al, (2020) telah menunjukkan kejayaan pengunaan peta sebagai dokumen utama dalam
melihat perkembangan morfologi ke atas sebuah bandar bersejarah. Kajian oleh Marıa Jesus Puy-Alquiza,
et al, (2018) juga telah mengetengahkan fungsi peta dalam mengenalpasti kerosakan yang berlaku ke atas
bangunan bersejarah. Justeru, jelas bahawa data pemetaan yang lengkap adalah sangat penting dalam
mengetahui bentuk bandar bersejarah seperti Bandar Chukai. Kelompongan ke atas data pemetaan akan
menyebabkan langkah awal pemuliharaan terbantut.
Selaras dengan itu, Mohd Qaween Mootar (2019) berpendapat bahawa masalah
pendokumentasian sebegini sememangnya merencatkan kerja pemuliharaan. HUL memberikan
penekanan terhadap kepentingan pemetaan dalam mengenalpasti nilai warisan yang ada di bandar
bersejarah. Hal ini sebagaimana yang diperjelaskan melalui kajian-kajian sebelum yang menekankan
pemetaan bagi langkah awal dalam usaha pemuliharaan bandar lama yang lebih lestari. Oleh yang
demikian, pendekatan HUL terutamanya dalam aspek tinjauan pemetaan yang komprehensif dilihat
mampu untuk mengenalpasti dan mengekstrak data nilai warisan yang ada di dalam fabrik bandar
bersejarah ini.
Penggunaan kaedah pemetaan digital seperti GIS mampu mendatangkan kesan yang cukup positif
kepada gerak kerja pemuliharaan bandar bersejarah yang bersaiz kecil di Malaysia seperti Bandar Chukai.
Beberapa bandar bersejarah tempatan telah menunjukkan bukti bahawa dengan memberikan fokus
kepada data pemetaan yang baik, nilai warisan setempat mampu diangkat. Sekali gus mampu menjamin
pemuliharaan yang lebih berkesan. Data pemetaan yang menyeluruh ke atas rupa bandar amat penting
bagi tujuan ini bagi melihat perkembangan yang berlaku ke atas bandar (B.N. Prabowo, et al, 2020). Oleh
yang demikian, penggunaan GIS mampu membantu untuk menguruskan kerja pengumpulan,
penyimpanan, mendapatkan semula, analisa, dan memaparkan data (A. K. Jebur, 2021) dengan berkesan
bagi tujuan pemuliharaan Bandar Chukai.
Matlamat Kajian
Menerusi tinjauan literatur yang komprehensif, usaha pemuliharaan bandar bersejarah di
Malaysia masih lagi di tahap yang rendah. Tahap yang rendah ini merujuk kepada tindakan pemuliharaan
yang hanya menumpukan kepada lokasi bandar-bandar bersejarah yang besar, contohnya seperti
Bandaraya Melaka, Kuala Lumpur, Georgetown dan seangkatan dengannya. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan melihat kepada dokumen perancangan dan garis panduan rasmi seperti Rancangan Tempatan,
Rancangan Khas dan sebegainya, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di lokaliti berkenaan.
Dokumen sebegini menyentuh akan pemetaan kawasan yang menyeluruh, garis panduan dan pelan
tindakan pemuliharaan dan penambahbaikan yang lengkap ke atas sesebuah lokaliti warisan bandar-
bandar ini. Secara tidak langsung, isu seperti gangguan terhadap morfologi warisan bandar dapat dikawal
dengan berkesan.
Tambah lagi, lokasi bandar-bandar bersejarah yang bersaiz besar seperti di Georgetown dan Kuala
Lumpur mempunyai sebuah unit khas di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjaga kepentingan
warisan di dalam bandar. Unit seperti Jabatan Konservasi Warisan (Portal Rasmi Majlis Bandaraya Pulau
Pinang, 2023) dan Unit Pengekalan dan Seni Bandar (Yazid Salleh, 2010) adalah pihak yang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 731 -

