Page 747 - Proceedings Collega2023
P. 747
Negara (JWN). JWN telah mengeluarkan garis panduan berkenaan usia bangunan untuk mencapai status
bangunan warisan iaitu sekurang-kurangnya mesti mencapai usia 50 tahun, disamping perlu mempunyai
kepentingan prominen dari segi sejarah (Akta 645). Rata-rata bangunan lama yang dinyatakan melalui
pemetaan adalah berusia 90 tahun dan ke atas. Secara tidak langsung menunjukkan kelayakan kesemua
bangunan ini dipandang sebagai nilai warisan tempatan.
Rajah 1: Peta Satelit Kawasan Sekitar Bandar Chukai
(Google Maps)
Dapatan dan Perbincangan
Dapatan kajian telah memperoleh 2 buah peta yang menunjukkan rupa bentuk Bandar Chukai.
Telah didapati bahawa terdapat kerja pemuliharaan peringkat awal dari aspek pemetaan yang pernah
dijalankan ke atas Bandar Chukai. Terutamanya melibatkan pengenalpastian butiran bangunan bersejarah
yang ada di kawasan berkenaan. Pemetaan yang pertama telah dijalankan pada tahun 1995 yang turut
melibatkan pihak Badan Warisan Malaysia (Syed Zainol Abidin Idid). Manakala pemetaan kedua telah
dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Jabatan Perancangan Bandar, Cawangan
Kemaman.
Pada tahun 1995 (Syed Zainol Abidin Idid), sebuah kajian berkenaan pemetaan khazanah warisan
binaan, khususnya berkaitan bangunan warisan telah dilaksanakan yang turut melibatkan kawasan
Chukai. Pemetaan ini dilihat agak lengkap berikutan perincian penting yang diketengahkan seperti jumlah,
jenis bangunan dan sebagainya. Hasil daripada pemetaan berkenaan, telah didapati terdapat sebanyak
28 buah bangunan sebelum perang yang telah direkod serta diklasifikasikan sebagai bangunan warisan di
Chukai. Dalam sejumlah 28 buah bangunan ini, 22 daripadanya merupakan bangunan rumah kedai.
Manakala selebihnya ialah bangunan yang berfungsi sebagai pejabat, rumah ibadah, kilang dan rumah
kediaman. Jadual 2 menjelaskan butiran berkenaan setiap bangunan yang terlibat meliputi jenis, nama,
lokasi, gaya seni bina dan jumlah bangunan warisan yang ada.
Rata-rata bangunan-bangunan yang tersenarai di dalam Jadual 2 sudahpun berusia hampir
ratusan tahun. Sebagai contohnya, bangunan Malayan Banking telah dibina pada tahun 1920an (Muzium
Negeri Terengganu, 2022). Bangunan berkenaan pernah berfungsi sebagai pejabat bijih besi pada era
kolonial British di Tanah Melayu. Kini bangunan tersebut telah berubah fungsi menjadi Muzium Kemaman.
Selain itu, deretan bangunan rumah kedai di Jalan Pasar juga telah lama dibina. Bangunan-bangunan
berkenaan telah dibina sekitar tahun 1939, menjadikan ia sudah berusia 84 tahun. Ini berdasarkan ukiran
tahun binaan yang terdapat di bahagian atas bangunan rumah kedai.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 734 -

