Page 743 - Proceedings Collega2023
P. 743

sebagai alat mengenalpasti perincian penting seperti lokasi, kondisi, fungsi dan lain-lain butiran yang
               mampu  memberi  input  kepada  kawasan  kajian  bagi  tujuan  perancangan  kerja  pemuliharaan  akan
               dilaksanakan (C. Udeaja, et al, 2020).  Kaedah pemetaan seperti penyelidikan dokumentasi, teknik survei,
               dan penggunaan Geographic Information System (GIS) (Hoda Zeayter, et al, 2018) merupakan antara
               kaedah pemetaan yang mampu digunakan melalui pendekatan HUL.
                       Pemetaan  juga  penting  dalam  memperjelaskan  perkembangan  dan  perubahan  fizikal  yang
               berlaku ke atas sesebuah bandar bersejarah (B.N. Prabowo, et al, 2020). Representasi butiran nilai warisan
               sebegini akan menunjukkan kepentingan warisan secara lebih berfokus, selain mampu menarik minat
               pihak berkepentingan untuk turut memberikan perhatian yang lebih ke atas sesebuah kawasan. L.W.C.
               Lai, et al, (2017) telah menunjukkan kegunaan pemetaan sebagai sebuah alat representasi yang mampu
               menonjolkan  kepentingan  warisan  dan  secara  tidak  langsung  menjamin  pemuliharaannya.  Oleh  itu,
               jelaslah bahawa pemetaan amat penting sebagai batu asas bagi pemuliharaan bandar bersejarah yang
               lebih menjamin dan terancang.
                       Selaras dengan perkembangan teknologi kini, penggunaan teknik dan kaedah pemetaan digital
               seperti GIS dilihat semakin pesat diaplikasikan untuk melihat perkembangan yang berlaku ke atas bandar-
               bandar bersejarah. A. K. Jebur (2021) mengangap bahawa GIS sebagai kaedah pemetaan yang paling tepat
               dan mengujakan. Hal ini dikatakan demikian kerana GIS menggunakan sistem pangkalan data kartografi
               yang  menggunakan  aplikasi  pemetaan  berkomputer,  di  mana  ia  digunakan  sebagai  alat  yang
               komprehensif  untuk  penganalisaan  spatial.  Penggunaan  teknologi  ini  akan  membantu  kepada  kerja
               pengumpulan, penyimpanan, mendapatkan semula, analisa, dan memaparkan data.
                       Penggunaan  kaedah  GIS  sangat  bermanfaat  dan  fleksibel  kepada  banyak  bidang  kajian,
               termasuklah  kepada  kajian-kajian  ke  atas  pemuliharaan  bandar  yang  amat  menitikberatkan  fungsi
               pemetaan ke atas fabrik bandar. Pelaksanaan pemetaan melalui teknologi seperti GIS membantu untuk
               mengenalpasti morfologi bandar sehinggalah mampu untuk mengezon kawasan-kawasan tertentu untuk
               dilaksanakan kerja pemuliharaan susulan (Hoda Zeayter, et al, 2018; Q. He, et al, 2021; S. Xia, et al, 2022).
               Lantas  menunjukkan  fungsi  optimum  pemetaan  yang  komprehensif  terhadap  keberkesanan
               pemuliharaan bandar secara berkesan. Oleh yang demikian, kemudahan seperti ini wajar dimanfaatkan
               sebaiknya bagi mencapai pemuliharaan bandar bersejarah yang lebih menjamin dan mapan.

               1.1     Masalah Pemetaan Sebagai Cabaran Terhadap Usaha Pemuliharaan Bandar Bersejarah Bersaiz
               Kecil di Malaysia
                       Malaysia  sebagai  sebuah  negara  yang  kaya  dengan  perkembangan  sejarah,  telah  lama
               menjalankan  usaha  pemuliharaan  bandar  bersejarah  (Yazid  Salleh,  2010).  Sejak  tahun  1960an,  usaha
               pemuliharan bandar di sekitar Semenanjung Malaysia seperti di Kota Johor Lama, Johor dan Kota Belanda,
               Pulau  Pangkor  menjadi  titik  tolak  yang  penting  dalam  langkah  awal  pemuliharaan  bandar  tempatan.
               Pemuliharaan bandar bersejarah yang berjaya di Malaysia juga ditunjangi oleh aspek pemetaan digital
               yang komprehensif yang memanfaatkan penggunaan teknologi GIS.
                       Beberapa kawasan bandar bersejarah seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Taiping dan Melaka
               telah  mengambil  manfaat  daripada  teknologi  ini  sehingga  berjaya  mengangkat  kepentingan  warisan
               setempat dengan menonjolkan lokasi dan zon warisannya. Hal ini sebagaimana yang telah diperjelaskan
               melalui Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas yang dirancang oleh pihak autoriti di
               lokaliti  masing-masing  (PLANMalaysia,  2016;  PLANMalaysia,  2021).  Hasil  daripada  perkembangan
               sebegini, dapat dilihat bahawa lokasi bandar lama sebegini telah mendapat usaha pemuliharaan yang
               lebih menjamin dan mapan, selain turut menjadi lokasi tumpuan pelancongan sejarah serta warisan yang
               terkenal.
                       Sungguhpun begitu, penekanan yang sama tidak diberikan ke atas bandar lama bersaiz kecil.
               Sebuah contoh bandar bersejarah yang jelas dibelenggu masalah sebegini adalah Bandar Chukai. Bandar
               ini  mempunyai  masalah  dari  segi  data  pemetaan  khususnya  berkaitan  warisan  bina  (built  heritage).


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 730 -
   738   739   740   741   742   743   744   745   746   747   748