Page 687 - Proceedings Collega2023
P. 687

pengetahuan remaja mengenai nama kuih-muih tradisional (Tarmizi, M. et. al. 2014; Shamsudin, S. et. al.
               2014; Johnes, J. et. al. 2018).

                       Antara  hal  menarik  yang  masih  boleh  digali  dan  diteroka  berkenaan  gastronomi  Melayu  ialah
               berkenaan sumber bahan yang digunakan untuk penyediaan kuih-muih tradisional.  Umum mengetahui
               alam Melayu adalah sangat luas merangkumi kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei,
               Singapura,  Thailand  Selatan  dan  Filipina.      Jadi  ada  kebarangkalian,  walaupun  dipisahkan  oleh
               persempadanan geopolitik, sumber bahan utama untuk penghasilan kuih-muih tradisional Melayu adalah
               sama. Pemilihan sumber bahan utama tersebut pula berkemungkinan dapat menterjemahkan akal budi
               serta nilai dan pemikiran masyarakat Melayu secara amnya. Justeru, sebagai permulaan, kertas kerja ini
               berhasrat untuk mengenal pasti sumber bahan utama dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu
               yang terdapat di Malaysia dan Thailand Selatan.

               Perbandingan Kuih-muih Melayu di Malaysia dan Thailand Selatan

                       Kuih-muih  tradisional  Melayu  yang  biasa  ditemui  di  Malaysia  dan  Thailand  Selatan  ternyata
               mempunyai  banyak  persamaan,  khususnya  cara  penyediaan.    Isam  dan  Abd  Aziz  (2021)  melaporkan,
               terdapat empat (4) jenis kuih dari aspek resepi penyediaan bagi kuih tradisional Melayu yang mempunyai
               persamaan di kedua-dua buah negara, iaitu kuih yang digoreng, kuih yang dikukus, kuih yang dibakar, dan
               kuih yang direbus.  Setiap satu jenis resepi penyediaan kuih tersebut, mempunyai ciri-ciri dinamik yang
               menjadikannya  istimewa di kedua-dua negara.

                       Sementara itu, hasil analisis perbandingan mengenai jenis kuih yang terdapat kedua-dua negara
               menunjukkan, terdapat sekurang-kurangnya 53 jenis kuih yang mempunyai persamaan melalui kaedah
               kukus, goreng, bakar dan rebus (Isam, et. al., 2021).  Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 26 jenis
               kuih yang mempunyai persamaan dari segi nama, 45 jenis kuih yang mempunyai persamaan dari segi
               bahan yang digunakan dan cara penyediaan, serta 44 jenis kuih yang mempunyai persamaan dari segi ciri-
               ciri  dinamik.    Jadual  1  di  bawah  dapat  menunjukkan  jumlah  persamaan  tersebut  yang  dikategorikan
               kepada 4 perincian iaitu nama, bahan yang digunakan, cara penyediaan dan ciri-ciri dinamik.

               Jadual 1
               Jumlah Kuih Yang Mempunyai Persamaan

                Kaedah             Jumlah           Nama        Bahan yang         Cara        Ciri dinamik
                                 persamaan                       digunakan      penyediaan
                Dikukus               25             11              21             22              19
                Digoreng              14              9              12             11              13
                Dibakar               9               4              8               7               8
                Direbus               5               2              4               5               4
                Jumlah                53             26              45             45              44


                       Jadual  1  di  atas  memaparkan  jumlah  persamaan  yang  dikategorikan  kepada  4  perincian  iaitu
               nama, bahan yang digunakan, cara penyediaan dan ciri-ciri dinamik.  Untuk nama kuih yang mempunyai
               persamaan, kuih dari kategori kaedah kukus mencatat jumlah paling tinggi dengan 11 jenis kuih, diikuti
               oleh kuih yang digoreng (9), kuih yang dibakar (4), dan kuih yang direbus (2).




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 674 -
   682   683   684   685   686   687   688   689   690   691   692