Page 665 - Proceedings Collega2023
P. 665

Jadual 1. Manifestasi Kepahlawanan Tari Dabus

                 Struktur Dramatik             Unsur-Unsur                   Manifestasi Kepahlawanan
                 Upacara ‘memulih gelanggang’  Khalifah/Sajian               Mistik
                 Kemeyan ini dibakar dan       Sajian/Khalifah               Berani
                 diperasapkan                                                Membantu
                 Membacakan jampi atau         Sajian/Khalifah               Jujur
                 mantera pada kemeyan                                        Bermoral
                 Menyanyikan lagu nasyid       Lagu/Penyanyi/Pemuzik         Pelindung
                 Penari masuk ke gelanggang    Penari                        Tidak Penting Diri
                 Penari mencucuk lengan        Penari                        Sanggup Berkorban
                 Khalifah menyembuhkan luka    Khalifah/Sajian/Penari        Gagah
                 dan memulihkan para penari                                  Keistimewaan Luar Biasa
                 Anak dabus dibersihkan dan    Anak Dabus/Khalifah           Setia
                 dijampi oleh khalifah


                       Merujuk Jadual 1, struktur dramatik persembahan dimulakan dengan upacara memulih
               gelanggang yang melibatkan unsur Khalifah yang membacakan jampi sambil memperasapkan kemeyan.
               Manifestasi kepahlawanan dalam adengan ini menegaskan bahawa ilmu mistik merupakan ciri khas yang
               dimiliki oleh seorang pahlawan Melayu. Bertolak daripada ilmu mistikal tersebut menimbulkan
               keberanian dalam diri seorang pahlawan. Dengan keberanian tersebut, para pemuzik pun memulakan
               permainannya sambil diiringi oleh para penyanyi dengan menyanyikan lagu nashyid mengikut irama lagu
               yang dimainkan. Adengan muzik dan nyanyian ini merupakan sifat saling membantu seorang pahlawan
               bagi menyokong para penari untuk mengikuti adengan berikutnya, iaitu para penari akan menari
               mengikut rentak lagu nasyid yang dimainkan. Dalam fasa klimaks persembahan, para penari
               menyucukkan anak dabus pada lengan mereka sebagai manifestasi keberanian, kekebalan, kegagahan
               dan sikap sanggup berkorban seorang pahlawan yang tidak mementingkan diri. Hal tersebut juga
               merupakan manifestasi kepahlawanan Melayu yang memiliki keistimewaan luar biasa. Pada fasa akhir
               persembahan, Khalifah memainkan peranannya sebagai ketua dengan memulihkan para penari dan
               membersihkan luka-luka yang dialami melalui bacaan doa dan jampi. Adengan ini merupakan masifestasi
               kepahlawanan Melayu yang bersifat pelindung, bermoral dan setia.

               Kesimpulan
                          Justeru, berdasarkan telahan terhadap struktur persembahan dan unsur-unsur Tari Dabus jelas
               menunjukkan bahawa ia merupakan suatu ritual mempertahankan diri. Adengan para penari menyucuk-
               cucukkan  anak  dabus  pada  lengan  mereka  sewaktu  klimaks  persembahan  adalah  sebagai  simbolik
               kekebalan dan keberanian seorang pahlawan. Perlakuan tersebut dilakukan ketika penari berada dalam
               keadaan tidak sedarkan diri (bawah sedar) setelah dijampi oleh khalifah. Apabila selesai persembahan,
               para penari dipulihkan semula oleh khalifah melalui jampi atau mantera beserta sajian. Tari Dabus pada
               zahirnya  bukanlah  sebuah  tarian  bercorak  hiburan  semata-mata  kerana  secara  simboliknya  ia  adalah
               lambang kepahlawanan Melayu yang membawa nilai kearifan tempatan. Jadi, peranan dan sumbangannya
               dalam mempertahankan kedaulatan dan mengangkat martabat bangsa adalah cukup besar dan bermakna
               sekali khasnya bagi negeri Perak, maka usaha pelestarian warisan ini adalah wajar.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 652 -
   660   661   662   663   664   665   666   667   668   669   670