Page 669 - Proceedings Collega2023
P. 669

mempunyai hasil kreatif yang begitu menarik dalam seni pertukangan tangan, seni persembahan dan
               sebagainya. Oleh itu, ilmu pengetahuan dan kearifan masyarakat setempat adalah berguna dan relevan
               untuk  dikumpulkan  sebagai  langkah  pemeliharaan  dan  ahli  terminologi  harus  bekerja  keras  untuk
               mencungkil segala istilah mengenai kehebatan orang Melayu dalam pelbagai bidang.

               Sorotan Kajian
                       Terdapat  pelbagai  kajian  yang  telah  dilakukan  untuk  menonjolkan  kearifan  tempatan  dalam
               kalangan masyarakat Melayu. Namun, bahan rujukan yang berkaitan tetuang Melayu amat sukar diperoleh
               menyebabkan  ramai  generasi  muda  tidak  mengenali  tetuang  Mealyu  sebagai  satu  alat  muzik  yang
               dijadikan sebagai alat perhubungan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, iaitu sekitar tahun 1942.
               Walau bagaimanapun, kajian ini menonjolkan perbincangan berkaitan dengan tetuang Melayu yang hanya
               berfokuskan perbincangan istilah dalam tetuang Melayu.

                       Terdapat kajian yang bertajuk “Kearifan Tempatan Che Wong” oleh Jamal Rizal Razali et.al (2020)
               yang  mengenal  pasti  kearifan  tempatan  masyarakat  Che  Wong  dan  juga  mengkategorikan  kearifan
               tempatan  masyarakat  Che  Wong.  Kaedah  yang  digunakan  adalah  kaedah  kualitatif,  iaitu  temu  bual
               terhadap wakil masyarakat Che Wong bagi mendapatkan maklumat. Pengkaji memfokuskan skop kajian
               kepada masyarakat di empat buah kampung sekitar Kuala Gandah, iaitu Kg. Beh, Kg. Kalau, Kg. Kuala
               Gandah dan Kg. Sg Enggang. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh kategori kearifan tempatan yang
               diamalkan oleh masyarakat Che Wong, iaitu kemahiran tangan  (pembuatan baju kulit), falsafah (sistem
               bahasa),  sosial  (setiakawan),  politik  (sistem  pentadbiran),  perubatan  (jampi  mantera),  ilmu  saintifik
               (formulasi ubat) dan 7 kemahiran kelangsungan hidup atau ilmu perhutanan seperti memburu. Justeru,
               kearifan  tempatan  dalam  masyarakat  Che  Wong  perlu  didokumentasikan  oleh  pihak  berwajib  untuk
               generasi seterusnya dapat mempelajari aspek kebudayaan material ini.

                       Terdapat kajian yang dilakukan oleh Salbiah Kindoyop, Humin Jusilin dan Noria ak Tugang (2019)
               yang  bertajuk  Kearifan Dan  Konsep  Rekaan  Kraf  Anyaman  Warisan  Dusun  Tindal  Di  Sabah.  Kajian  ini
               memberi  fokus  kepada  kraf  anyaman  yang  dihasilkan  oleh  etnik  Dusun  Tindal  yang  mempunyai  nilai
               kesenian, nilai keindahannya yang tersendiri dan berbeza dengan etnik-etnik lain. Nilai tersebut dilihat
               melalui  motif  dan  corak  yang  digunakan  dan  diolah  selaras  dengan  fungsinya  untuk  kegunaan  etnik
               mereka.  Hasil  dapatan  menunjukkan  bahawa  kraf  anyaman  yang  dihasilkan  oleh  etnik  Dusun  Tindal
               mempunyai  hubungkaitnya  dengan  pemikiran  tukang  kraf  yang  dipengaruhi  oleh  kehidupan  serta
               kebudayaan etnik Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sehubungan dengan itu, reka bentuk dan motif
               anyaman tradisional juga dikatakan dapat mencerminkan identiti budaya. Penggunaan motif anyaman
               tradisional dapat menyerlahkan kesenian etnik Dusun Tindal itu sendiri yang telah diwarisi sejak turun-
               temurun. Reka bentuk dan motif anyaman turut menjadi identiti warisan kearifan yang berkonsepkan
               geometri dan berimbangan simetri. Rekaan kraf anyaman yang dihasilkan itu juga mempunyai gubahan
               yang menarik dan saling berhubung kait dengan objek alam sekeliling melalui pembentukan motifnya.

                       Oleh  itu,  pentingnya  kita  mengangkat  ilmu-ilmu  kebijaksanaan  orang  Melayu  dalam  segenap
               aspek  supaya  tidak  digelarkan  Melayu  itu  mundur.  Masyarakat  Melayu  bijak  dalam  melakukan  setiap
               perkara  sama  ada  dari  busana,  senjata,  alat  muzik,  hiburan,  makanan  dan  sebagainya  yang  menjadi
               pelengkap  untuk  kegunaan  harian.  Oleh  itu,  penyelidik  dan  ahli  akademik  perlu  berusaha  untuk
               menggumpulkan atau mendokumentasikan segala bahan-bahan ilmu berkaitan orang Melayu.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 656 -
   664   665   666   667   668   669   670   671   672   673   674