Page 660 - Proceedings Collega2023
P. 660

menyokong Saidina Ali telah mencipta Tari Dabus. Pada zaman itu, terdapat beberapa keistemewaan yang
               boleh dilakukan oleh para pemain Tari Dabus, iaitu meniti di atas pedang, dihimpit dengan batu, meranduk
               dalam api, digigit ular berbisa dan menyucukkan anak dabus pada anggota badan (Rahimah Haji Ahmad,
               1975).  Hal  tersebut  dilakukan  bagi  menunjukkan  kekebalan  dan  kehandalan  mereka  sebagai  sorang
               pahlawan. Luka yang mereka alami ketika melakukan aksi tersebut akan dipulihkan oleh ketua kumpulan
               yang dikenali sebagai khalifah (shaman/bomoh) apabila selesai persembahan.

                       Bertolak dari itu, Tari Dabus dikatakan sampai dan berkembang di Nusantara (Kepulauan Melayu)
               khasnya di Aceh dengan sebutan ‘daboh’ yang dibawa oleh pedagang dari tanah Arab. Dari Aceh, Tari
               Dabus terus tersebar ke beberapa daerah lain di Nusantara ini, iaitu antaranya ialah Banten dengan
               sebutan ‘debus’ serta Bugis dan Perak (Tanah Melayu) dengan sebutan ‘dabus’. Walaupun begitu,
               perbezaan tersebut hanyalah pada sebutan (dialek) bahasa sahaja, bukannya pada kandungan Tari Dabus
               itu sendiri yang memperagakan kekebalan dan kehandalan para penari sebagai pahlawan.  Perkembangan
               Tari Dabus di Tanah Melayu pada waktu itu, mula berlaku sekitar tahun 1600M apabila terdapat dua
               orang pedagang yang berasal dari Batu Bahara, bergelar Nakhoda Lembang dan Nakhoda Topah
               merantau ke negeri Perak dan tinggal di daerah Telaga Nenas, Sitiawan. Selama berada di daerah
               tersebut, mereka sering berlatih dan mempersembahkan Tari Dabus pada malam hari sehingga menarik
               perhatian penduduk setempat. Ekoran daripada itu, Tari Dabus mula dipelajari dan dikembangkan di
               Sitiawan, Perak. Dari situ, Tari Dabus terus berkembang sehingga ke daerah Pasir Panjang Laut, Bagan
               Datoh, Kampung Gajah dan Kuala Selangor. Nakhoda Lembang dan Nakhoda Topah memperkenalkan dan
               mengajarkan Tari Dabus di setiap daerah yang mereka kunjungi sehingga memungkinkan ia berkembang
               d a n   d i w a r i s i   h i n g g a   k i n i ,   k h a s n y a   d i   n e g e r i   P e r a k ,   M a l a y s i a   J a b a t a n   ( J K K N ,
               https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/state/category/culture/94).

                       Namun  begitu,  wujud  pendapat  yang  berbeza  tentang  kedatangan  Tari  Dabus  ke  negeri
               Perak.  Pendapat pertama mengatakan bahawa Tari Dabus dibawa oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal
               dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau adalah anak murid kepada guru bernama Muhammad Abil
               Hassan Al-Rifai.  Kemudian berkembang sehingga ke Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut dan Sungai Nipah
               Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Tari Dabus pada
               awalnya dibawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh
               Nakhoda  Lembang  yang  pernah  berguru  dengan  saudagar  Fakir  Muhammad  dari  India,  yang  juga
               merupakan  anak  murid  kepada  tuan  guru  Muhammad  Abil  Hassan  Al-Rifai.  Sementara  itu,  satu  lagi
               pendapat mengatakan bahawa Ahmad Mahyuddin yang pernah berguru dengan Muhammad Abil Hassan
               Al-Rifai bertemu Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India
               pada tahun 1785, telah bersama-sama mengembangkan Tari Dabus ke negeri Perak, iaitu di Pasir Panjang
               seawal tahun 1700-an (Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria, 1992). Sehingga kini, masih terdapat beberapa
               lokasi di negeri Perak yang masih mengamalkan persembahan Tari Dabus, iaitu di Bagan Datoh daerah Hilir
               Perak, Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan di daerah Manjung dan Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga
               daerah Perak Tengah.
                       Menyorot  Sejarah,  semasa  zaman  Inggeris-Belanda menguasai  perusahaan  biji  timah  di Perak
               pada sekitar 1680-1690, mereka telah membina sebuah loji di Teluk Gedung, Pulau Pangkor. Pada masa
               yang sama, terdapat seorang pahlawan Melayu bergelar Panglima Kulop Mentok yang sangat membenci
               penjajahan Belanda. Beliau dikatakan berketurunan kerabat di Raja Bugis dari Sulawesi. Panglima Kulop
               yang tidak tahan dengan kekejaman Belanda telah membawa diri bersama-sama pengikutnya langsung
               membuat  penempatan  di  Pulau  Sembilan.  Ekoran  kebenciannya  terhadap  Belanda,  beliau  telah
               memerangi  kapal-kapal  dagang  milik  penjajah  itu serta  meruntuhkan  loji  serta  kubu Belanda  di  Teluk
               Gedung. Oleh sebab terlalu marah dengan perbuatan Panglima Kulop itu maka orang Belanda menggelar
               beliau  sebagai  lanun.  Menurut  penceritaan,  Panglima  Kulop  bersama  pengikutnya  dikatakan  telah


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 647 -
   655   656   657   658   659   660   661   662   663   664   665