Page 663 - Proceedings Collega2023
P. 663
penawar dan daun kabung serta daun sambar adalah sumpahan bagi makhluk halus. Pemulih (air penawar
bisa) pula penting bagi membasuh luka-luka dan menawarkan bisa-bisa besi pada lengan para penari
akibat tikaman daripada anak dabus. Bahan campuran air penawar bisa pula terdiri daripada hirisan umbut
pisang, daun setawar yang diramas, daun sireh serta hirisan batang serai.
Selain itu, terdapat juga beberapa pantang-larang yang harus dipatuhi oleh setiap pemain Tari
Dabus, iaitu antaranya:
1. Tempat (ruang persembahan) bermain hendaklah bersih.
2. Tubuh badan pemain juga hendaklah bersih dan suci.
3. Para pemain sama ada pemuzik mahupun penari ditegah daripada mencarut, mengeluarkan
kata-kata lucah dan bermusuhan sesama sendiri.
4. Anak dabus hendaklah sentiasa dijaga dengan baik dan sempurna, iaitu tidak boleh dilangkah,
tidak boleh dihalakan ke perut dan kepala serta tidak boleh dicucukkan ke tanah.
5. Anak dabus tidak boleh diletakkan dengan cara menghalakan matanya yang tajam ke arah
langit.
6. Anak dabus tidak boleh dipegang atau disentuh oleh perempuan yang kedatangan haid.
7. Orang luar (khalayak) yang bukan pemain Tari Dabus dilarang menyentuh semua peralatan
persembahan, khasnya anak dabus.
Justeru, sekiranya berlaku perlanggaran terhadap pantang-larang yang dinyatakan tersebut maka
dikhuatiri akan mengundang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu persembahan Tari Dabus
berlangsung.
Struktur Persembahan Tari Dabus
Persembahan Tari Dabus dimulakan dengan upacara ‘memulih gelanggang’ yang dilaksanakan
oleh khalifah (shaman atau bomoh) dengan membacakan jampi atau mantera pada sebutir kemeyan yang
berbunyi seperti berikut:
Bismillah-hirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ya kemeyan,
dijadikan Allah dari getah kayu yang putih,
Selesai dijampi, kemeyan tersebut dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan persembahan yang
digunakan. Kemudian khalifah menyiram bertih, beras kunyit dan menepung tawar ke sekeliling ruang
persembahan. Tujuan upacara ini dilakukan adalah untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus
jahat serta perbuatan khianat terhadap para pemain Tari Dabus yang akan membuat persembahan.
Setelah selesai upacara memulih gelanggang, penyanyi akan menyanyikan lagu nasyid dabus (zikir) dengan
iringan paluan rebana dabus dan gong oleh para pemuzik. Kemudain para pemuzik dan penyanyi terus
memainkan lagu-lagu berentak dabus yang dipetik daripada kitab berzanji dan marhaban. Bentuk
nyanyiannya terdiri daripada ‘sekali hadi (korus) dan sekali jawab’. Hadi biasanya dipetik daripada kitab
berzanji manakala jawabnya pula adalah rekaan penyanyi itu sendiri dalam bahasa Melayu seperti memuji
kecantikan negara Malaysia, kecantikan seorang perempuan, puji-pujian, nasihat dan sebagainya. Hadi
yang pertama dikenali sebagai tanagal dan jawab yang pertama dikenali sebagai muradiseng. Hadi kedua
pula adalah Fa-ohesan dan jawab adalah Allah Ya Allah manakala hadi ketiga adalah Bishahrin dan jawab
adalah Allahummasalli. Salah satu contoh lagu yang disampaikan adalah seperti berikut:
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 650 -

