Page 664 - Proceedings Collega2023
P. 664

Mu ra di seng Allah mu ra di seng
                                      Kama la izin Allah mura… di

               Pada asalnya, terdapat dua lagu nasyid (zikir) dabus dalam bahasa Arab namun kini telah diubahsuai ke
               dalam  bahasa  Melayu.  Walaupun  begitu,  maksudnya  masih  tetap  sama,  iaitu  memuja  dan  memuji
               kebesaran Allah serta junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Senikata zikir dabus yang lazim dilagukan
               sebagai tanda untuk penari masuk ke gelanggang adalah seperti berikut:

                                      Besi tua Allah besi muda
                                      Besi datang daripada Allah
                                      Hendak makan sifat Muhammad

               Serentak  dengan  lagu  itu,  salah  seorang  penari  akan  masuk  ke  gelanggang  untuk  memulakan  tarian.
               Sebelum memulakan langkah, penari akan duduk bertinggung dengan kedua belah tangannya memegang
               sepasang anak dabus, iaitu satu di tangan kanan dan satu lagi di tangan kiri. Sambil itu juga, penari tersebut
               akan bergerak ke hadapan tiga langkah dan diikuti dengan tiga langkah ke belakang sambil kemudiannya
               tunduk memberi hormat kepada khalayak. Penari tersebut kemudiannya akan berdiri bagi memulakan
               tarian secara solo sehingga lagu yang dinyanyikan selesai. Kemudian diikuti pula  dengan sepasang (dua
               orang) penari maksuk beraksi dan dituruti dengan 4 pasang penari yang lain. Maksud sepasang di sini
               adalah, tidak semestinya terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, namun ia boleh sahaja
               kedua-dua penarinya itu lelaki ataupun sebaliknya.

               Terdapat tiga jenis gerak langkah tari, iaitu ‘susun sireh’, ‘ayun tajak’ dan ‘helang sewah’. Walaupun begitu,
               aturan atupun susunan langkah tari yang dipersembahkan adalah mengikut pilihan para penari yang telah
               dipersetujui secara bersama oleh ahli kumpulan. Namun, lazimnya setiap langkah tari akan dimulai dengan
               gerak  susun  sireh  sebagai  pembuka  persembahan.  Sementara  itu,  setiap  lagu  dan  tarian  yang
               dipersembahkan mengambil selama masa kira-kira sepuluh minit. Pada klimaks persembahan, para penari
               akan masuk ke dalam alam bawah sedar (liminal) sambil menyucuk-nyucukkan anak dabus pada lengan
               mereka.  Adengan  itu  berlaku  beberapa  ketika  sehinggalah  setiap  penari  secara  bersilih  ganti  akan
               menghadap khalifah yang turut masuk ke ruang persembahan. Khalifah akan memulakan fungsinya untuk
               memulihkan kesedaran penari serta luka-luka yang dialami akibatan daripada tusukan anak dabus pada
               lengan mereka. Khalifah akan membasuh lengan penari dengan sajian air penawar dengan iringan bacaan
               jampi yang berbunyi, "tulang kamu besi, kulit kamu tembaga”. Bisa-bisa luka akibat tusukan anak dabus
               itu akan dipicit serta dijampi oleh khalifah untuk disembuhkan daripada surah Al-'Lahab ayat satu yang
               berbunyi: "Tabbat ya da abi la ha bi wattab". Sebuah persembahan Tari Dabus yang lengkap lazimnya
               mengambil  masa  selama  lebih  kurang  30  minit.  Apabila  persembahan  telah  selesai,  khalifah  akan
               menghimpunkan semua anak dabus untuk dibersihkan dengan iringan bacaan jampi.

               Perbincangan
                       Sehubungan  itu,  huraian  perbincangan  terhadap  struktur  persembahan  dan  unsur-unsur  Tari
               Dabus sememangnya menegaskan manifestasi kepahlawanan seperti yang dirumuskan dalam Jadual 1.













               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 651 -
   659   660   661   662   663   664   665   666   667   668   669