Page 667 - Proceedings Collega2023
P. 667
TETUANG MELAYU DARI PERSPEKTIF TERMINOLOGI
(MALAY TETUANG FROM TERMINOLOGICAL PERSPECTIVE)
1
Nur Azimah MOHD BUKHARI*
2
Nurul Haniza SAMSUDIN
3
Nur Amirah CHE SOH
4
Tengku Intan Marlina TENGKU MOHD ALI
Mardian Shah OMAR 5
1,2,3,4,5 Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
1 azimah_bukhari09@um.edu.my
2 haniza_85@um.edu.my
3 nuramirah_chesoh@um.edu.my
4 inmarlin@um.edu.my
5 mardianso@um.edu.my
ABSTRAK
Terminologi merupakan bidang ilmu yang mengkaji istilah. Istilah ialah lambang linguistik yang
digunakan untuk menamakan konsep alat, bahan, proses dan teknik penghasilan tetuang yang boleh
diangkat untuk dijadikan perbendaharaan istilah dalam bahasa Melayu. Tetuang merupakan alat
komunikasi masyarakat Melayu yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Masyarakat Melayu
menghasilkan tetuang untuk pelbagai kegunaan antaranya, alat hiburan, alat perhubungan untuk golongan
nelayan, alat pemberitahuan kepada masyarakat sekitar seperti perkahwinan, kematian atau kejadian
kecemasan. Selain itu, tetuang juga digunakan sebagai semboyan dalam tradisi perang. Kearifan
masyarakat Melayu menghasilkan tetuang untuk pelbagai fungsi menunjukkan kebijaksanaan dalam
menghasilkan peralatan yang berasaskan bahan disekeliling mereka. Kajian ini bersifat kualitatif deskriptif
yang menjelaskan konsep istilah dalam penciptaan tetuang bagi memperlihatkan kebijaksanaan orang
Melayu dalam menentukan pemilihan istilah semasa mencipta dan mengguna tetuang. Teori Umum
Terminologi dan pendekatan sosioterminologi memperlihatkan penggunaan istilah dipengaruhi oleh
perubahan sosial masyarakat penutur dan mempunyai kaitan dengan jati diri penuturnya. Dapatan
menunjukkan penghasilan glosari istilah tetuang Melayu untuk memudahkan pengkaji bidang atau
individu yang berminat dengan alat muzik masyarakat Melayu khususnya yang berasaskan tiupan atau
erofon. Implikasinya, masyarakat kini lebih mengetahui kebijaksanaan orang Melayu menggunakan bahan
sekeliling untuk mencipta alat komunikasi sehingga tercipta pelbagai alat muzik moden pada masa kini.
Kata Kunci: tetuang; alat muzik; kearifan tempatan; terminologi; sosioterminologi
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 654 -

