Page 661 - Proceedings Collega2023
P. 661

menggunakan ilmu kebatinan pahlawan dabus ketika menyerang dan bertempur dengan askar Belanda
               sehingga mengakibatkan ramai askar Belanda yang terkorban. Oleh kerana tidak tahan dengan ancaman
               Panglima Kulop, pihak Belanda akhirnya telah lari meninggalkan loji buatan mereka di Teluk Gedung.
                       Kehebatan  pahlawan  dabus  turut  diakui  oleh  penjajah  Inggeris  yang  menjajah  Tanah  Melayu
               selepas  pengunduran  Belanda.  Pada  tahun  1826,  kerajaan  Perak  telah  meminjamkan  kawasan  Pulau
               Pangkor kepada Inggeris. Hal ini diikuti kemudiannya dengan daerah Manjung (dahulunya dikenali sebagai
               Dinding)  yang  turut  diserahkan  kepada  penjajah  Inggeris  sekitar  tahun  1874.  Oleh  itu,  Selat  Melaka
               menjadi alat perhubungan penting untuk tujuan perdagangan dan pemerintahan British di Pulau Pinang
               serta Pulau Pangkor. Pada suatu ketika, pihak British telah menerima ancaman daripada sekumpulan lanun
               yang mengganas di perairan Selat Melaka yang diketuai oleh Panglima Daeng Mentanu. Pihak British lalu
               meminta bantuan pahlawan dabus dari Manjung, Perak untuk memerangi lanun berkenaan. Seramai 100
               orang  pahlawan  dabus  dikatakan  telah  berjaya  menghapuskan  kesemua  lanun-lanun  tersebut  (Amran
               Abdullah & Hamidah Husain, 1993).

               Metodologi
                       Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengangkat etnografi sebagai strategi.
               Etnografi adalah strategi penyelidikan yang diasaskan oleh ahli antropologi yang menumpukan perhatian
               pada hubungan antara tingkah laku dan budaya. Etnografer cuba memahami dan memisahkan perspektif
               emik dari perspektif etik. Emik bermaksud menerangkan fenomena budaya melalui perspektif masyarakat.
               Etik menerangkan fenomena budaya melalui perspektif individu yang tidak terlibat dalam masyarakat yang
               dikaji.  Oleh  itu,  etnografi  adalah  usaha  untuk  menggambarkan  Budaya.  Bagi  melaksanakan  kaedah
               etnografi  secara  pemerhatian  dan  libatsama,  penyelidik  turun  ke  lokasi  kajian  bagi  menemui  etnik
               pengamal  persembahan  Tari  Dabus  di  Kampung  Pulau  Tiga  daerah  Perak  Tengah.  Khasnya  temubual
               Bersama informan utama, iaitu Mat Rosnan bin Hashim, Kumpulan Tradisional Dabus, Kg. Tanjung Bidara
               Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak, Malaysia. Kaedah temubual dilakukan untuk mendapatkan maklumat
               secara  langsung  daripada  informan  melalui  dua  teknik,  iaitu  wawancara  berfokus  dan  wawancara
               berkumpulan. Kedua-dua teknik ini membantu dan menyokong maklumat yang diperoleh semasa kaedah
               pemerhatian.  Temubual  yang  memberi  tumpuan  kepada  individu  melibatkan  pemain  Tari  Dabus.
               Temubual  dengan  informan  secara  khusus  dilakukan  bersama  ketua  kumpulan  Tari  Dabus  bagi
               mendapatkan  maklumat  mendalam.  Maklumat  yang  diperolehi  itu  disaring  terlebih  dahulu  sebelum
               dianalisis menggunakan kesesuaian teknik analisis.

               Hasil Dapatan Kajian
               Kepahlawanan Melayu
                       Merujuk Kamus Dewan (Edisi Keempat), pahlawan merupakan seorang yang gagah dan berani,
               pejuang  yang  gagah,  perwira:  –  tanah  air;  kepahlawanan  perihal  gagah  berani  (berani  berjuang  dll),
               keberanian, keperwiraan. Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya
               campur tangan kuasa-kuasa asing dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat
               tempatan mengamalkan seni mempertahankan diri (silat). Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang
               handal dan Amanah. Hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta
               wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu Mempertahankan diri (persilatan). Pahlawan-pahlawan
               Melayu yang terkenal, antaranya adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat
               Salleh,  Datuk  Maharaja  Lela,  Tok  Gajah,  Datuk  Bentara  Luar  Johor,  Rentap  dan  Tun  Perak.  Pahlawan-
               pahlawan tersebut memiliki ciri-ciri kepahlawanan Melayu seperti berikut (Kinsella, Ritchie, & Igou 2015):
                   1.  Seorang  pahlawan  Melayu  dikehendaki  melalui  pelbagai  tahap  dan  ujian  di  dalam  seni
                       mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf
                       seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan
                       kemajuan yang telah dicapai.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 648 -
   656   657   658   659   660   661   662   663   664   665   666