Page 668 - Proceedings Collega2023
P. 668
ABSTRACT
Terminology is a field of science that studies terms. Terminology is a linguistic symbol used to
name the concept of tools, materials, processes and production techniques that can be used as a
vocabulary in the Malay language. Tetuang is a Malay communication tool made from buffalo horn. The
Malay community produces tetuang for a variety of uses, including entertainment tools, communication
tools for fishermen, notification tools for the surrounding community such as weddings, deaths or
emergencies. In addition, tetuang is also used as a motto in the tradition of war. The wisdom of the Malay
community to produce utensils for various functions shows the wisdom in producing equipment based on
the materials around them. This qualitative descriptive study explains the concept of terms in the creation
of tetuang to show the wisdom of the Malays in determining the selection of terms when creating and
using tetuang. The General Theory of Terminology and approach socioterminology, the use of terms is
influenced by the social changes of the speaker's society and is related to the speaker's identity. Findings
show the production of a glossary of Malay tetuang terms to facilitate field researchers or individuals
interested in the musical instruments of the Malay community, especially those based on wind or
erophone. The implication is that society is now more aware of the wisdom of the Malays in using the
materials around them to create communication tools so that a variety of modern musical instruments
are created today.
Keywords: tetuang; musical instrument; local wisdom; terminology; socioterminology
Pengenalan
Penelitian kajian ini adalah berkaitan masyarakat. Terminologi merupakan kajian tentang istilah
atau kumpulan kata khusus yang berkaitan dengan sesuatu bidang atau ilmu. Istilah “peristilahan dipinjam
daripada kata dalam bahasa Arab, manakala “terminologi” dipinjam daripada bahasa Inggeris. Istilah
“peristilahan” atau “terminologi” merupakan sinonim bagi padanan istilah dalam bahasa Inggeris
“terminology”. Sager (1990, p.3), mengatakan bahawa dari segi sejarah, penggunaan kata “terminologi”
merujuk kepada perbendaharaan kata teknikal, iaitu kumpulan istilah yang mempunyai kaitan dengan satu
bidang khusus. Bidang peristilahan dikelompokkan dalam lingkungan bahasa untuk tujuan khusus dan
berkaitan dengan leksikografi.
Sebahagian besar pembentukan istilah dalam budaya Melayu berlaku secara spontan oleh
masyarakat tempatan. Masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi
dengan alam yang dapat menonjolkan kebijaksanaan Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi
juga menyerlahkan akal budi Melayu (Junaini Kasdan et al, 2017, p.1).
Kajian ini bertujuan untuk melihat ilmu pengetahuan dan kearifan masyarakat setempat dalam
tetuang Melayu, iaitu sejenis alat muzik yang menggunakan kaedah tiupan. Kearifan tempatan merupakan
pengetahuan yang terkumpul dalam amalan komuniti di sesebuah kawasan (Mohd Jirey Kumalah et al.
2015, p.116). Terminologi atau peristilahan merupakan aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu,
khususnya dalam usaha meningkatkan taraf dan memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Terminologi dinyatakan oleh Richards (1985, p.290) sebagai item leksikal khusus yang muncul dalam
sesuatu bidang atau disiplin khusus. Sebahagian besar istilah terbentuk secara spontan oleh masyarakat
setempat serta pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran semula jadi. Masyarakat Melayu
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 655 -

