Page 670 - Proceedings Collega2023
P. 670

Objektif Kajian

                       Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mencapai objektif yang berikut:

                   i)     Mengenal pasti istilah tetuang Melayu,
                   ii)    Membina peta konsep
                   iii)   Mentakrifkan istilah berdasarkan peta konsep.

               Pendekatan dan Metodologi Kajian

                       Pendekatan ini melibatkan kajian teks dan lapangan. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam
               peristilahan  dikenali  sebagai  ahli  terminologi  dan  bertanggung  jawab  untuk  mencungkil  istilah-istilah
               khusus dalam setiap bidang yang diterokai. Penganalisisan data dijalankan dengan membuat pemetaan
               konsep  dan  pentakrifan  sebelum  terbentuknya  glosari  istilah tetuang Melayu. Terminologi  melibatkan
               kaedah  preskriptif  kerana  melibatkan  pemiawaian  dan  kaedah  onomasiologi  (penentuan  lambang
               linguistik berdasarkan sesuatu konsep atau sistem konsep).

               Dapatan dan Perbincangan

                       Istilah  dilihat  sebagai  sebahagian  daripada  bahasa  dan  budaya.  Bahasa  pula  dilihat  sekadar
               sebagai simbol atau tanda, malahan merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Dalam hal ini, istilah
               terkumpul  merangkumi  pengetahuan  dan  budaya  yang  ada  dalam  bahasa.  Aspek  diakronik  termasuk
               dalam prinsip ini yang menekankan penggunaan bahasa dua zaman atau dua tempat (Temmerman, 2000,
               p.3).  Berdasarkan  PUPIBM  (2004,  P.3),  kata  yang  dipilih  sebagai  istilah  mestilah  paling  ringkas  antara
               pilihan  yang  ada.  Bentuk  istilah  ini  didokumentasikan  menurut  urutan  dalam  sistem  konsep  bukan
               berdasarkan abjad. Selain itu, bahasa tidak sesuai untuk distandardkan kerana bahasa merupakan struktur
               abstrak yang mengalami perubahan berterusan (Pihkala, 2006, p.18).

                       Bahasa  memainkan  peranan  pembinaan  konsep  dan  kategori  (Temmerman,  2000,  p.3).    Satu
               konsep tidak bersifat satu entiti sahaja, iaitu melibatkan wacana yang melihat perubahan dalam sosial dan
               pemboleh ubah dalam sejarah. Konsep dan definisi sentiasa berubah mengikut perubahan masa (Campo,
               2012, p.148). Polisemi dan sinonim merupakan sesuatu yang semula jadi terbentuk dalam bahasa kerana
               ahli terminologi membentuk konsep yang berkait rapat terminologi dan asal usul ciptaan (Temmerman,
               2000, p.3).

                       Menurut  Felber  (1995,  p.96),  konsep  merupakan  gambaran  mental  bagi  objek  individu.
               Pernyataan tentang konsep di atas menunjukkan bahawa konsep tidak dapat disampaikan secara terus
               tetapi memerlukan istilah. Setiap istilah yang dibentuk mempunyai perkaitan konsep antara satu istilah
               dengan  yang  lain  kerana  konsep  tidak  wujud  sendirian.  Sistem  konsep  merupakan  teras  dalam  kerja
               terminografi  dan  analisis  konsep  terminologikal.  Sistem  konsep  diperkenalkan  pada  peringkat  awal
               perkembangan terminologi. Apabila Wuster merumuskan Teori Umum Terminologi (TUT), beliau telah
               menekankan kepentingan orientasi konsep dan peranan sistem konsep dan menyarankan agar konsep
               perlu  dikaji  sebagai  sebahagian  sistem  konsep  dalam  bidang  khusus  (Felber,  1995).    Tambahan  pula
               standard kebangsaan dan antarabangsa, buku panduan dan buku teks juga menekankan peranan sistem
               konsep dalam kerja terminologi.  Idea dan prinsip dalam bidang terapan seperti pembinaan ontologi dan
               penyusunan  bidang  pengetahuan  juga  menggunakan  sistem  konsep.  Sistem  konsep  dapat  membantu





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 657 -
   665   666   667   668   669   670   671   672   673   674   675