Page 662 - Proceedings Collega2023
P. 662
2. Seorang pahlawan Melayu yang mahir dalam ilmu persilatan tidak memerlukan sebarang senjata
untuk menewaskan musuhnya.
3. Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman.
Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum
ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan
dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa
kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak.
Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika
satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah
dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan.
4. Seorang pahlawan Melayu biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta
anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang.
5. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi.
6. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan pada ikatan pinggang.
7. Seorang pahlawan Melayu juga lazimnya membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat
daripada besi, kulit, rotan atau kayu.
Tari Dabus
Tari Dabus merupakan gabungan daripada tiga jenis seni, iaitu muzik (lagu), tarian dan seni
persilatan (kepahlawanan). Unsur-unsur persembahannya adalah anak dabus, sajian, khalifah, pemuzik,
lagu dan penari yang terangkum dalam struktur persembahan. Anak dabus merupakan alat (props)
terpenting yang mencirikan keunikan persembahan Tari Dabus. Bentuk anak dabus menyerupai sebilah
senjata yang runcing dan tajam pada bahagian pangkalnya manakala bahagian hujungnya berbentuk
rangkaian bercabang dua, tiga atau empat (seperti ditunjukkan dalam Rajah 2) seakan-akan kelopak bunga.
Pada setiap jejari kelopak tersebut lazimnya digantungkan cincin untuk menghasilkan bunyi apabila
digoyangkan oleh penari semasa persembahan.
Sebuah kumpulan Tari Dabus lazimnya terdiri daripada lebih kurang 22 orang pemain yang
merangkumi khalifah, pemuzik dan penari. Khalifah merupakan ketua bagi kumpulan Tari Dabus dan turut
dikenali sebagai bomoh atau shaman. Khalifah ialah orang yang bertanggungjawab memelihara
keselamatan para pemain daripada sebarang gangguan yang boleh mencacatkan persembahan. Sebagai
sebuah persembahan yang berasal daripada upacara ritual, sajian merupakan unsur penting dalam Tari
Dabus. Justeru, apabila persembahan hendak dimulakan, khalifah akan memperasap kemenyan dan
merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh ruang persembahan, kepada semua pemain (penari dan
pemuzik) dan anak dabus. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk halus jahat
daripada menganggu para pemain sewaktu persembahan berlangsung. Bagi memperkuatkan
keberkesanan jampi serapah, sajian diperlukan.
Kemeyan dibakar di dalam sebuah bekas khas yang disebut perasap. Sebelum persembahan
bermula, kemeyan akan diasapkan di sekeliling ruang persembahan (gelanggang). Kemeyan juga
digunakan bagi mengasap peralatan-peralatan persembahan seperti anak dabus dan para penari sebelum
mereka masuk ke gelanggang. Sajian juga turut ditabur dan disiram ke seluruh gelanggang dan kawasan
sekelilingnya bagi menjauhkan daripada gangguan yang tidak diingini. Umpamanya, air tepung tawar akan
direnjis manakala bertih dan beras kunyit pula akan ditabur. Perenjis air tepung tawar terdiri daripada
dedaunan seperti daun kabung, daun sepulih, daun setawar daun sambar dan daun ati-ati hitam.
Dedaunan tersebut dirangkaikan dalam satu ikatan sebesar ibu jari dan direndam ke dalam sebuah
mangkuk yang berisi air. Pemilihan daun-daun tersebut adalah berdasarkan sumpahan yang dimiliki oleh
dedaunan itu sendiri. Umpamanya daun sepulih bertindak sebagai pemulih, daun setawar sebagai
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 649 -

