Page 659 - Proceedings Collega2023
P. 659
TARI DABUS: MANIFESTATION OF MALAY HEROISM RITUAL
Abstract
Tari Dabus is a traditional performing art of Perak, Malaysia, originating from self-defense rituals
and can still survive over 300 years ago. This study aims to emphasize the concept of Tari Dabus, the
heroism that exhibits the players' intelligence, dexterity, bravery, and cheerfulness when performed. Every
Tari Dabus performer uses a type of sharp iron called anak dabus as a unique performance feature. Anak
dabus is intended to show the dance as a symbol of heroism, which is the identity of the performance.
This study tries to explain the relationship between behavior and culture through a qualitative method
with an ethnographic approach. Ethnographers try to separate the eemic perspective, the point of view of
the culture being studied, and the eetic perspective, which is the point of view from outside the culture
being studied. The analysis of this study focuses on several aspects of the Tari Dabus performance that
manifest the concept of heroism. The implications of this study are beneficial in preserving and conserving
the cultural heritage of local wisdom to continue to be sustainable.
Keywords: Heroism; Manifestation; Rituals; Tari Dabus; Sustainable
Pengenalan
Tarian tradisional Melayu masih mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. Keunikannya bukan sahaja terpancar daripada kostum, props, muzik, lagu dan
lenggok tari, bahkan juga dari aspek fungsi ritual yang selari dengan kepercayaan dan pandangan
masyarakat setempat. Di negeri Perak, terdapat beberapa jenis tarian yang diwarisi sejak dahulu lagi
seperti Tari Dabus, Tarian Bubu, Tarian Lukah dan lain-lain (Mohd Ghouse Nasaruddin, 1994). Tari Dabus
adalah tarian yang paling popular dan cukup sinonim dengan masyarakat terutamanya di negeri Perak. Tari
Dabus dipercayai mula dipersembahkan sejak 300 tahun yang lalu. Persembahannya menggabungkan
beberapa aspek, iaitu muzik dan lagu seperti gendang, gong, puisi (zikir) serta para penari yang
menggoyangan anak dabus yang bergermersik sambil menari. Puisi yang disampaikan dalam bentuk irama
zikir merupakan campuran zikir puisi Melayu dan Arab. Kemuncak Tari Dabus adalah adegan mencucuk
anak dabus (props dalam bentuk senjata tajam) pada salah satu anggota badan bagi menunjukkan
kehandalan dan kekebalan penari. Tari Dabus yang dimainkan sejak beratus tahun dahulu merupakan
warisan yang masih dipertahankan sehingga kini. Dari segi keunikan persembahan, setiap pemain Tari
Dabus khasnya penari menggunakan props utama, iaitu ’anak dabus’. Walaupun dari segi sejarahnya,
props yang digunakan hanya terhad kepada anak dabus sahaja. Namun begitu, terdapat juga beberapa
senjata tajam lain yang turut digunakan bagi mempamerkan nilai kepahlawanan tarian ini. Walau
bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, kumpulan yang masih mewarisi persembahan ini hanya
menggunakan anak dabus sebagai props utama. Sehingga kini, Tari Dabus masih dipersembahkan bagi
memelihara warisan budaya dan tradisi di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Sorotan Literatur
Menurut penceritaan, Tari Dabus dikatakan telah diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum
Syiah) dari benua Timur Tengah yang dipersembahkan untuk memperlihatkan kehebatan dan kekebalan
orang Syiah dalam suasana perang agar pihak lawan tidak berani mengganggu mereka. Kisah ini dikatakan
bermula sejak Khalifah Zainal Abidin, iaitu anak kepada Saidina Hassan dan cucu kepada Saidina Ali
menjadi pemerintah. Pada masa pemerintahan beliau, telah berlaku perselisihan di antara dua puak
hingga menyebabkan berlaku peperangan. Maka, sebagai usaha menakutkan pihak lawan, kumpulan yang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 646 -

