Page 658 - Proceedings Collega2023
P. 658
TARI DABUS: MANIFESTASI RITUAL KEPAHLAWANAN MELAYU
1
Mohd Kipli Abdul Rahman*
Umi Kalsom Ahmad
2
Numan Hayimasae 3
Azharuddin Ramli
4
1,2 College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Malaysia
3 Malay Language & Malay Studies Program, Faculty of Humanities & Social Science, Prince of Songkla
University, Pattani Campus, Thailand
4 Arja Art Academy, Malaysia
1 mohdkipli@uitm.edu.my
2 umi130@uitm.edu.my
3 hayimas@hotmail.com
4 officialarjalee@gmail.com
Abstrak
Tari dabus merupakan seni persembahan tradisional negeri Perak, Malaysia yang berasal daripada
ritual mempertahankan diri dan masih mampu bertahan sejak lebih 300 tahun yang lalu. Objektif kajian
ini adalah untuk menegaskan konsep Tari Dabus, iaitu kepahlawanan yang mempamerkan kecerdasan,
ketangkasan, keperwiraan dan keceriaan pemain ketika dipersembahkan. Setiap pemain (penari) Tari
Dabus menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil ‘anak dabus’ sebagai ciri khas persembahannya.
Penggunaan anak dabus ini bertujuan untuk memperlihatkan tarian tersebut sebagai simbol
kepahlawanan yang merupakan identiti persembahannya. Melalui kaedah kualitatif dengan pendekatan
etnografi, kajian ini berusaha menjelaskan pertalian di antara tingkahlaku dan budaya. Etnografer
berusaha untuk memisahkan perspektif emik, iaitu sudut pandang budaya yang dikaji dan perspektif etik,
iaitu sudut pandang dari luar budaya yang dikaji. Analisis kajian ini menumpu kepada beberapa aspek
persembahan Tari Dabus yang memanifestasikan konsep kepahlawanan. Implikasi kajian ini bermanfaat
dalam usaha pememeliharaan dan pemuliharaan warisan kesenian budaya kearifan tempatan agar terus
lestari.
Kata Kunci: Kepahlawanan; Manifestasi; Ritual; Tarian Dabus; Lestari
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 645 -

