Page 558 - Proceedings Collega2023
P. 558
ABSTRACT
LOCAL WISDOM IN LEARNING
MALAY LANGUAGE AS A FOREIGN LANGUAGE
Foreign language learning methods that involve aspects of local wisdom need to be applied to
bring foreign speakers closer to the lives of native speakers of a language. This effort is important to
improve student understanding, further improving the effectiveness of language competence. In the
context of Malay language proficiency for foreign speakers in Malaysia, the internal (grammar) and
external (motivation) aspects of language become difficult for them. Accordingly, this study aims to discuss
one of the aspects of learning, which is the word order in a simple sentence which becomes difficult and
can affect the motivation of foreign speakers in mastering the Malay language followed in institutions of
higher learning, Malaysia. The research method is quantitative and qualitative. Data collection was taken
from questionnaires and interviews with five foreign speakers from public and private universities. The
findings of the study are discussed descriptively. Wenying Jiang's Model and Gardner's Model were applied
for data analysis. The study found that the word order classified as an intralinguistic aspect can be
explained to foreign speakers based on the part of speech for nouns related to aspects of local wisdom,
which is based on the principle of noun phrases in sentences (elements of Malay’s clothes, houses and
food) through the support of integrative motivation which is a branch extralinguistic aspects. Therefore,
the aspect of word order with integrative motivation can facilitate the learning of the Malay language and
increase the motivation for foreign speakers.
Keywords: word order; motivation; local wisdom; intralinguistics; extralinguistics, Malay language
Pengenalan
Pembelajaran bahasa asing sering dikaji dan dikupas oleh banyak negara dunia demi melahirkan
rakyat yang mempunyai kelebihan kompeten berbahasa asing dengan sekurang-kurangnya dua bahasa.
Menurut Abd Halim, H. (2022, p. 138) kemahiran berbahasa asing mempunyai pelbagai kelebihan
termasuklah menarik perhatian industri pekerjaan dan menguatkan keyakinan berkomunikasi. Kemahiran
berbahasa asing dapat melahirkan seseorang yang memahami bukan sahaja bahasa tetapi budaya dan
cara hidup sesuatu masyarakat. Justeru, hal ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran bahasa asing di
negara Malaysia. Di Malaysia, pembelajaran bahasa asing dipelajari pada peringkat sekolah rendah,
menengah dan universiti. Fenomena pembelajaran bahasa asing di Malaysia masih dibincangkan sehingga
ke hari ini bagi menyediakan masyarakat dengan ilmu kemahiran berbahasa asing yang mampu
menjadikan mereka berdaya saing. Penyelidikan ini memilih untuk mengkaji fenomena pembelajaran
bahasa asing di domain institusi pengajian tinggi, iaitu universiti awam dan swasta. Universiti awam dan
swasta di Malaysia menawarkan kursus bahasa Melayu untuk penutur asing atau pelajar antarabangsa.
Kursus ini adalah kursus wajib yang menjadi syarat bergraduasi seseorang mahasiswa antarabangsa.
Justeru, objektif kajian ini bertujuan untuk membincangkan salah satu aspek pembelajaran dalam bahasa
Melayu sebagai bahasa asing, iaitu aspek susunan kata dalam ayat mudah. Menurut Schosler (2014)
susunan kata adalah dikategorikan sebagai intralinguistik, iaitu unsur nahu dalam sistem bahasa. Aspek
susunan kata ini menjadi kesukaran kepada penutur asing dan kemudiannya mampu menjejaskan motivasi
(dikenal juga sebagai aspek ekstralinguistik) penutur asing ini dalam menguasai bahasa Melayu yang diikuti
di institusi pengajian tinggi di Malaysia selama satu semester.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 545 -

