Page 554 - Proceedings Collega2023
P. 554
konteks ini, ilham terpancar menerusi usaha pengarang yang dikurniakan kejernihan jiwa dan fikiran ketika
memilih sama ada jalan kebaikan atau jalan keburukan semasa menulis.
Seterusnya mithaq merupakan perjanjian manusia sebagai hamba yang wajar akur dengan segala
arahan yang termaktub dalam al-Quran. Dalam erti kata lain hubungan manusia dengan Allah SWT (habl
min Allah) perlu disemai dalam diri seseorang penulis ketika menghasilkan karya. Hal ini berdasarkan
kepada keperluan pengarang membuktikan perjanjiannya sebagai seorang khalifah dengan Allah SWT
sebagai Yang Maha Pencipta menerusi penghasilan karya yang menepati lunas keislaman. Islam
meletakkan kebolehan kreatif sebagai suatu kebolehan asasi yang ‘dipinjamkan’ Tuhan. Muslim harus
menyedari hakikat Tuhan dan hakikat kejadian dirinya sebagai ‘khalifah’ di muka bumi. Kebolehan kreativiti
yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia adalah amanah yang wajib dipikul dan
dipertanggungjawabkan. Manusia sebenarnya tidak berkuasa ke atas segala sesuatu. Apa yang dianggap
oleh manusia sebagai penemuan baru, penciptaan kreatif dan idea alternatif adalah sesuatu yang Tuhan
berikan dengan izin dan kehendaknya, atas usaha dan daya kreatif manusia berfikir dan bekerja. Oleh yang
demikian, Islam juga menolak kreativiti yang dilakukan dalam perkara-perkara teras yang melibatkan
hukum yang telah disahkan oleh Tuhan seperti rukun Islam dan rukun iman. Malahan Islam juga menolak
falsafah pemikiran barat seperti pragmatik, utilitarian, relativistik, intuisme dan skeptik kerana ia jelas tidak
meletakkan Tuhan pada tempatnya (https://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/kreativiti-dalam-
islam/)
Seterusnya ihsan dalam kreativiti kepengarangan berkait rapat dengan keupayaan seseorang penulis
membangunkan nilai-nilai murni dalam setiap hasil karyanya. Dalam konteks ini peri pentingnya kesedaran
para pengarang menghasilkan karya yang berlandaskan kebaikan yang dapat menyubur daya taakulan
pembaca ke arah keimanan dan ketakwaan. Asas kreativiti dan pemikiran kreatif mesti bertitik tolak
daripada perkara-perkara yang bermanfaat. Al-Quran memberikan pedoman tentang maksud ilmu-ilmu
yang bermanfaat atau pedoman yang mendatangkan faedah.
Ijtihad selanjutnya dalam kreativiti kepengarangan menurut pandangan Islam adalah proses penyelidikan
yang perlu dilakukan seseorang penulis dalam menghasilkan karya yang bermutu berlandaskan agama.
Perihal isu-isu yang dibangunkan dalam sesebuah karya yang berkaitan dengan agama sewajarnya
dilakukan penyelidikan supaya hasil tersebut tidak tersasar daripada landasannya. Didapati ilmuan
terdahulu amat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan sesuatu. Semuanya bermula apabila al-Quran
memberikan suluh hikmah dan pedoman nilai bagaimana ilmu dan alat dapat digunakan untuk kebaikan
manusia. (https://anizyn.blogspot.com/2017/11/remaja-dan-islam-pemikiran-kreatif.html). Menurut
Abd. Ghani (1995); “Dalam dimensinya yang positif maka ciri
pemikiran kreatif memang digalakkan oleh Islam. Hal ini dapat dilihat
umpamanya dalam galakan Islam supaya ilmuwan umat Islam berijtihad
menghasilkan hukum-hukum agama terhadap perkara-perkara baru yang tidak pernah wujud pada masa
dahulu. Didapati bahawa hukum yang dihasilkan bukan perkara baru, namun usaha menghubungkan
hukum tersebut dengan sesuatu yang baru tetap dianggap ijtihad baru oleh seseorang yang akan diberi
ganjaran dua pahala jika menepati kebenaran. Sebaliknya akan diberi satu pahala jika ia salah atau silap.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 541 -

