Page 561 - Proceedings Collega2023
P. 561

pemakanan, pakaian dan permainan tradisional (Juwati Abdullah et al., 2018, p. 75 dalam Nuraihan Mat
               Daud).

                       Salah satu lagi kajian yang terkini ialah buku “Strategi Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur
               Asing” oleh Hassan, A., Omar, M.S. dan Hassan, H. (2023) yang mengutarakan bimbingan strategi terhadap
               para guru yang mengajar bahasa Melayu. Antara strategi yang boleh diaplikasikan kepada penutur asing
               adalah memaksimumkan penggunaan telefon pintar (kaedah interaktif digital), menyulam budaya dalam
               pengajaran,  strategi  memfokuskan  kepada  golongan  kata  utama  seperti  kata  kerja  dan  kata  adjektif
               termasuk  gangguan  binaan  frasa  dan  ayat.  Budaya  Melayu  dapat  diterapkan  melalui  kawalan  tenaga
               pengajar terhadap pembelajaran unsur linguistik, iaitu fokus kepada kata nama, kata adjektif dan kata
               kerja. Misalnya, golongan kata yang dipelajari di dalam kelas boleh digunakan secara berfokus dan dikawal
               oleh guru melalui pembelajaran yang dilaksanakan di luar kelas seperti aktiviti di gerai makanan yang
               realistik,  melawat  kampung  Melayu  mahupun  bandar  masyarakat  Melayu  dan  memakai  pakaian
               tradisional.

               Metodologi Kajian
                       Kajian  ini  menggunakan  kaedah  soal  selidik  dan  temu  bual  secara  berstruktur  dan  tidak

               berstruktur. Seramai lima orang penutur asing terlibat sebagai responden kajian. Dapatan soal selidik
               dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Sosial Sciences (SPSS) versi 25. Dapatan daripada soal
               selidik tersebut dan temu bual yang ditranskripsi dibincangkan berdasarkan Model Wenying Jiang (2009)
               dan Model Gardner (2010). Model Wenying Jiang  menekankan setiap unsur kata dan frasa dalam bahasa
               asing yang diajari (bahasa sasaran) perlulah difahami dengan sebaik-baiknya oleh tenaga pengajar bagi
               memudahkan seseorang guru itu memerhatikan dan membezakan golongan kata dalam bahasa asing dan
               pengaruh bahasa kedua serta bahasa ibunda pelajar. Susunan kata mengikut pola tertentu bergantung
               pada bahasa sasaran dan bahasa sumber. Susunan kata berkenaan boleh menjadi subjek – kata kerja –
               objek (subject – verb – object   / SVO) dan boleh menjadi SOV, OSV, OV, VO bergantung pada konteks ayat
               bahasa sasaran – bahasa sumber.

































               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 548 -
   556   557   558   559   560   561   562   563   564   565   566