Page 562 - Proceedings Collega2023
P. 562
Rajah 1
Pola Susunan Kata Berfokus kepada Frasa Nama
Pola Susunan Kata
SVO
SOV Subjek Fokus kepada;
OSV
OV & Objek Kata nama + Kata nama (yang membentuk
VO frasa nama)
Kata
Nama
Kata
Nama Frasa
Nama
Oleh itu, metode kajian ini memfokuskan kepada subjek dan objek yang terdiri daripada frasa
nama sahaja bagi memudahkan penutur asing mengenal pasti kedudukan frasa nama dalam ayat. Dalam
setiap kata bahasa sasaran biasanya penutur asing akan memadankan satu persatu mengikut susunan
secara literal. Maka, peranan tenaga pengajar sangat penting dalam memperkenalkan setiap frasa secara
terarah tanpa mencampur adukkan pelbagai golongan kata dalam satu masa. Sehubungan itu, kajian ini
memfokuskan kepada golongan kata nama yang terdapat dalam frasa nama berasaskan budaya yang
memaparkan kearifan tempatan dan budaya Melayu. Setiap frasa nama asas ini diambil melalui pakaian,
rumah dan makanan Melayu. Implementasi frasa nama dalam pakaian, rumah dan makanan Melayu ini
digarap melalui konteks kebudayaan untuk melihat keberkesanan motivasi dan minat penutur asing
terhadap penguasaan frasa nama yang berpusatkan Model Gardner (2010) yang menekankan permulaan
pembelajaran bahasa asing yang berkesan menyuntik keberkesanan motivasi adalah bermula dengan
menetapkan elemen sesuatu topik pendidikan yang jelas dengan signifikan kepada konteks kebudayaan.
Model Gardner (2010) adalah seperti di bawah:
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 549 -

