Page 563 - Proceedings Collega2023
P. 563

Rajah 2
                                     Model Sosio-Pendidikan Gardner (2010)



                   Tetapan                                     Konteks
                 Pendidikan             Kebolehan              Formal             Hasil Linguistik
                                                                                    (Linguistic
                 (Educatinal             (Ability)             (Formal             Outcomes)
                   Setting)                                   Contexts)



                   Konteks                                  Konteks Tidak          Hasil Bukan
                 Kebudayaan              Motivasi              Formal               Linguistik
                   (Cultural           (Motivation)           (Informal           (Non-linguistic
                   Context)                                   Contexts)             Outcomes)


               Dapatan Kajian
                       Berdasarkan soal selidik dan temu bual yang dilaksanakan kepada lima orang penutur asing, frasa
               nama  boleh  diperkenalkan  melalui  kawalan  tenaga  pengajar  terhadap  frasa  nama-frasa  nama  yang
               terdapat  dalam  aktiviti  kebudayaan.  Aktiviti  kebudayaan  berkenaan  adalah  yang  berfokus  kepada
               membolehkan penutur asing untuk berkomunikasi dengan orang Melayu dan Malaysia serta memahami
               budaya masyarakat Melayu.



               Tumpuan kepada Frasa Nama dalam Implementasi Frasa Nama Pakaian, Rumah dan Makanan dengan
               Kawalan Tenaga Pengajar

                       Dalam  nahu  bahasa  Melayu  terdapat  empat  golongan  kata,  iaitu  kata  nama,  kata  kerja,  kata
               adjektif  dan  kata  tugas.  Namun,  penyelidikan  ini  memfokuskan  kepada  kata  nama  +  kata  nama  yang
               membentuk frasa nama. Fokus pembelajaran kepada setiap golongan kata sangat penting kerana penutur
               asing perlu memahami asas susunan kata dalam ayat bahasa Melayu sebelum mereka dapat bertutur
               dengan lancar. Dalam soal selidik yang dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 menunjukkan
               penutur  asing  tidak  dapat  memahami  golongan  kata  dalam  bahasa  Melayu,  iaitu  variabel  GK4  (tidak
               setuju: 5 orang, 100%). Variabel GK3 pula memaparkan responden (penutur asing) yang bersetuju bahawa
               mereka memerlukan guru dan penutuf natif untuk memahami golongan kata dalam susunan kata bahasa
               Melayu adalah seramai 4 orang (80%).
















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 550 -
   558   559   560   561   562   563   564   565   566   567   568