Page 555 - Proceedings Collega2023
P. 555

Fenomena Kearifan Melayu dalam Kreativiti Kepengarangan Menurut Pandangan Islam di Tanah air

                       Kearifan  Melayu  dalam  kreativiti  kepengarangan  menurut  pandangan  Islam  ini  didapati  cocok
               dengan  perkembangan  persuratan  Melayu  tanah  air.  Hal  ini  demikian  kerana  rata-rata  pengarang  di
               Malaysia menyedari kepentingan agama sebagai pegangan utama dalam menghasilkan karya. Fenomena
               ini terserlah dengan munculnya perkembangan Sastera Islam lewat tahun 1980-an, dan 1990-an. Malahan
               tersecetusnya Polemik Sastera Islam antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad memperlihatkan kreativiti
               pengarag tanah air tentang kesejajaran dengan sastera Islam makin memuncak. Tercetusnya beberapa
               pandangan sarjana sastera tentang sastera Islam seperti Uthman el-Muhammady, Bukhari Lubis, Ismail
               Hamid,  Shafie  Abu  Bakar,  Mana  Sikana,  S.  Othman  Kelantan,  Mohd.  Affandi  Hassan  dan  lain-lain
               menunjukkan kearifan Melayu dalam kreativiti kepengarangan tanah air amat memberangsangkan.
                       Selain itu, kelahiran golongan pengarang yang berlatar belakang daripada pendidikan agama turut
               menyumbang kepada perkembangan sastera Islam tanah air. Antara yang menyerlah golongan pengarang
               yang  berlatar  belakang  daripada  pendidikan  agama,  secara  misalnya  Husna  Nazri  (Kumpulan  Cerpen
               Obsesi Cintamu Zulaikha, Novel Kudup Hijau Tropika), Ummu Hani Abu Hassan (Novel Baromkeh Matamu
               Mataku, Novel Satu Bulan Tiga Bintang), Zaid Akhtar (Novel Salju Sakinah, Novel Justeru Impian di Jaring,
               Novel Rona Bospharus), Nisah Haron (Novel Mencari Locus Standi, Novel Lentera Mustika), Faisal Tehrani
               (Novel Manikam Kalbu, Novel Bedar Sukma Bisu, Novel Tunggu Teduh Dulu). Malahan ada dalam kalangan
               pengarang yang bukan daripada latar belakang pendidikan agama namun tetap mengutamakan kreativiti
               Islami, iaitu Mawar Safei (Kumpulan Cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya, Kumpulan
               Cerpen Narasi Gua dan Raqim), Sri Rahayu Mohd. Yusop (Novel Kasih Nan Agung, Novel Bimasakti Menari,
               Novel Kalam Qalbu), Abu Hassan Morad (Novel Cinta Madinah, Novel Julia, Novel Travelog Cinta Singgora).
                       Maka,  dengan  kehadiran  kreativiti  kepengarangan  bersandarkan  kearifan  Melayu  menurut
               pandangan Islam jelas menunjukkan fenomena sastera Islam di tanah air amat memberangsangkan. Kini,
               fenomena sastera Islam di Malaysia makin menyerlah apabila teori-teori sastera yang bernuansa Islami
               turut  diaplikasi  dalam  penganalisian  tek  sastera,  antaranya  Takmilah,  Persuratan  Baru,  Taabudiyah,
               Pengkaedahan Melayu, SPB4K, dan sebagainya. Dengan ini jelas memperlihat bahawa kearifan Melayu
               dalam kreativiti kepengarangan menurut pandangan Islam telah membawa perkembangan persuratan
               Melayu makin



               Penutup
                       Secara rumusannya dapatlah dikatakan bahawa kreativiti yang dibangunkan dalam karya sastera
               Melayu menyerlahkan kearifan kepengarangannya. Hal ini terungkap dalam hasil karya pengarang tanah
               air  menerusi  kepelbagaian  genre  sama  ada  sastera  Melayu  moden  atau  sastera  Melayu  tradisional.
               Berdasarkan rencam penghasilan karya dalam kreativiti kepengarangan memperlihatkan kearifan Melayu
               untuk  menyampaikan  perutusan  yang  mengandungi  keindahan  kepada  khalayak  pembaca.  Oleh  yang
               demikian,  hal  ini  sejajar  dengan  pandangan  Islam  yang  meletakkan  estetika  dalam  membangunkan
               kreativiti  kepengarangan,  iaitu  ilham  (idea),  mithaq  (perjanjian),  ihsan  (kebaikan)  dan  ijtihad
               (penyelidikan)  sebagai  paksi  keutamaan.  Justeru,  proses  pengeraman,  iaitu  ta’qir  (berfikir),  tadhkur
               (mengingati),  tafakkur  (berfikir  secara  mendalam),  tadabbur  (merenung),  dan  tafqih  (memahami)
               diperlukan  dalam  galur  kepengarangan.  Maka,  kajian  ini  merungkai  kearifan  Melayu  dalam  kreativiti
               menurut  pandangan  Islam  berdasarkan  surah  al-Nur,  al-Rum,  al-Qalam,  dan  surah  al-Syams  sebagai


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 542 -
   550   551   552   553   554   555   556   557   558   559   560