Page 557 - Proceedings Collega2023
P. 557

KEARIFAN TEMPATAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
                                              SEBAGAI BAHASA ASING




                                                                       1
                                                    Juwairiah OSMAN*
                                                   Mardian Shah OMAR    2
                                                                          3
                                                  Nur Aimie Nabila FAUZI
                                       1,2  Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
                                3 Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Universiti Putra Malaysia
                                               1 juwairiahosman@um.edu.my
                                             1 juwairiahosman1307@gmail.com
                                                  2 mardianso@um.edu.my
                                                  3 aimiefauzi@upm.edu.my



                                                          ABSTRAK
                       Kaedah pembelajaran bahasa asing yang melibatkan aspek kearifan tempatan perlu diterapkan

               bagi mendekatkan lagi penutur asing dengan kehidupan penutur natif sesuatu bahasa. Usaha ini penting
               bagi meningkatkan pemahaman pelajar, seterusnya menambah baik keberkesanan kompeten berbahasa.
               Dalam konteks kemahiran berbahasa Melayu untuk penutur asing di Malaysia, aspek dalaman (nahu) dan
               luaran (motivasi) kebahasaan menjadi kesukaran kepada mereka.  Sehubungan itu, kajian ini bertujuan
               untuk membincangkan salah satu aspek pembelajaran, iaitu susunan kata dalam ayat mudah yang menjadi
               kesukaran dan mampu menjejaskan motivasi penutur asing dalam menguasai bahasa Melayu yang diikuti
               di institusi pengajian tinggi, Malaysia. Kaedah kajian adalah secara kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan
               data diambil daripada soal selidik dan temu bual terhadap lima orang penutur asing dari universiti awam
               dan  swasta. Dapatan  kajian  dibincangkan  secara  deskriptif.  Model  Wenying  Jiang  dan  Model  Gardner
               diaplikasikan untuk analisis data. Kajian mendapati bahawa susunan kata yang digolongkan sebagai aspek
               intralinguistik boleh diterangkan kepada penutur asing berasaskan golongan kata nama yang berhubungan
               dengan aspek kearifan tempatan, iaitu berpaksikan prinsip nahu frasa nama dalam ayat (elemen pakaian,
               rumah  dan  makanan  Melayu)  melalui  sokongan  motivasi  integratif  yang  merupakan  cabang  aspek
               ekstralinguistik. Maka, aspek susunan kata dengan motivasi integratif dapat memudahkan pembelajaran
               bahasa Melayu dan meningkatkan motivasi penutur asing.

               Kata kunci: susunan kata; motivasi; kearifan tempatan; intralinguistik; ekstralinguistik, bahasa Melayu














               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 544 -
   552   553   554   555   556   557   558   559   560   561   562