Page 560 - Proceedings Collega2023
P. 560
Clothes wash LE
Clothes, (I) washed them.
洗衣服了。(VO)
Xi yifu le.
Wash clothes LE
(I) washed (my) clothes.
Bentuk susunan kata atau unsur intralinguistik di atas menunjukkan penutur asing
menggunakan dua kaedah dalam menyusun kata. Setiap ayat yang ditulis oleh penutur asing
diperhalusi dari sudut unsur subjek, kata kerja dan objek. Walaupun penutur asing dari Australia ini
ialah penutur natif bahasa Inggeris, tetapi apabila mereka memadankan dan menyusun makna kata
dalam ayat bahasa Cina, mereka menyusun mengikut sistem bahasa nahu bahasa Cina pada
sebahagian ayat dan ada kalanya mereka mengikut sistem bahasa nahu bahasa Inggeris. Tenaga
pengajar mahupun penutur asing itu sendiri yang memahami pengaruh susunan kata mengikut sistem
bahasa sasaran dan bahasa sumber dengan baik, maka seseorang itu dapat memandu konsep nahu
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan terarah. Dalam ketiga-tiga unsur subjek, kata
kerja dan objek di atas, pengkaji memfokuskan kepada susunan frasa nama bagi kajian ini. Hal ini
sangat penting bagi memperhalusi setiap golongan kata bagi sesuatu nahu bahasa sasaran – bahasa
sumber.
Gardner (2010) telah mengkaji tentang peranan penting aspek motivasi integratif (dalaman)
dan motivasi instrumental (berunsur sesuatu ganjaran dan kelebihan) dalam melonjakkan
kesungguhan penutur asing mempraktikkan jumlah kosa kata dan ayat-ayat bahasa asing dalam
perbualan harian. Namun, kajian ini memfokuskan kepada motivasi integratif. Seterusnya, Gardner
telah mengutarakan satu model dalam mengenal pasti dan mengimplementasi motivasi
pembelajaran bahasa asing yang dinamakan sebagai Model Sosio-Pendidikan (Motivasi dan
Pemerolehan Bahasa Kedua). Bahasa kedua ini termasuklah bahasa asing yang dipelajari oleh
seseorang penutur. Model tersebut mengutarakan motivasi (aspek ekstralinguistik) yang didasarkan
kepada tetapan pendidikan dan konteks kebudayaan. Motivasi tersebut yang disemai dapat
diperhatikan dalam konteks pembelajaran formal (dalam kelas atau sesuatu yang dirancang) dan tidak
formal (luar kelas dan sesuatu yang berlaku secara semula jadi dalam rutin harian). Kesan motivasi
ini seterusnya menghasilkan sejumlah penguasaan kosa kata dan ayat bahasa asing yang turut
menghasilkan persepsi dan minat terhadap budaya dan bahasa asing tersebut.
Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar atau penutur asing di Malaysia,
fenomena semasa dapat dilihat dalam kajian isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk
penutur asing oleh Mat Daud, N. (Ed.) (2018) dalam bukunya bertajuk “Bahasa Melayu untuk Penutur
Asing, Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran.” Kajian ini menggarap pelbagai permasalahan
pembelajaran penutur asing di Malaysia, pendekatan dan strategi yang digunakan oleh tenaga pengajar.
Pelajar atau penutur asing yang mempelajari bahasa Melayu di Malaysia adalah dikelompokkan dalam
satu kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Mereka mempelajari bahasa asing ini
selama satu semester sebagai kursus wajib dan syarat sah bergraduasi. Dalam tempoh tersebut, tenaga
pengajar menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran seperti menerapkan elemen budaya
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 547 -

