Page 552 - Proceedings Collega2023
P. 552
untuk seluruh umat di muka bumi ini. Hubungan ‘surah’ dan ‘persuratan’ juga tidak dapat dipisahkan
kerana Islam telah menyatukan kedua-duanya. Surah membawa isyarat dan konotasi yang lengkap
berteraskan wahyu Ilahi yang berteraskan ‘huda’, ‘al-haq’ dan ‘al-furqan’ yang membezakan antara hak
dan batil. Jelas bahawa istilah ‘surah’ membawa manusia kepada Allah SWT dan Islam sebagai agama yang
diredhai-Nya.
Justeru surah ini mengajak para pengarang supaya mendalami perkakasan yang akan digunakan dalam
penulisan bagi menjunjung amar makruf nahi mungkar.
Surah al-Rum
Surah al-Rum merupakan surah ketiga puluh yang dimulakan dengan huruf-huruf muqaÏÏa‘ah
iaitu ُ an, dan diakhiri dengan suatu pesanan. Hal ini dapat diperhatikan sebagaimana terjemahan dalam
ayat 24: “Dan di antara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah Dia memperlihatkan kilat kepada kamu untuk
(menimbulkan) ketakutan dan harapan; dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi
dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi orang-orang yang menggunakan akal.” Selain itu, dapat diperhatikan juga dalam Ayat 22 yang
bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan berlainan
bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang mengetahui. (Rum, aDan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya
ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari kurnia-Nya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.”
Selain itu, ayat 46 yang bererti: “Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa Dia mengirimkan
angin sebagai pembawa berita gembira, dan untuk merasakan kepadamu sebahagian dari rahmat-Nya,
dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya, dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-
Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur.”
Surah Rum perlu difikir secara mendalam, serius dan terfokus. Sebahagian tema tersebut ialah
berfikir mengenai dunia dan akhirat (ayat 6 dan 7); diri manusia (ayat 8, 20 dan 22) dan alam (ayat 8 dan
22); penciptaan dan kebangkitan semula (ayat 11, 19, 25 dan 27) serta kewujudan alam akhirat (ayat 16,
50, 55, 56 dan 57); penciptaan manusia dan fasa-fasa perkembangan fizikalnya (ayat 54); asas
kekeluargaan (ayat 20 dan 21); kepelbagaian bahasa dan warna kulit manusia (ayat 22); fenomena tidur
dan jaga (ayat 23); fenomena kilat (ayat 24), hujan (ayat 24) dan pengiriman angin (ayat 46, 48 dan 51);
petanda fitrah (ayat 30) dan agama yang lurus (ayat 43); dan petanda ekonomi atau pembahagian rezeki
manusia (ayat 37, 38 dan 39). Kitab al-Quran menggesa manusia agar mendengar, melihat, memerhati,
mengkaji dan merenung. Ia juga memerintahkan manusia agar berfikir, mengingat, menggunakan akal,
mentadabbur, memahami dan mendalami ilmu. Al-Quran juga mengajar manusia agar mementingkan
bukti, keterangan dan dalil sebagai sokongan penghujahan dalam apa jua isu. Selain itu, saranan agar
manusia mengambil pelajaran, pengajaran dan peringatan juga mendominasi isi kandungan al-Quran.
Justeru surah ini mengagaskan kepentingan berfikir dalam menyempurnakan penulisan bagi
membangunkan kreativiti pengkaryaan.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 539 -

